PM Britain ‘dikurung’ menjelang England mansuh ‘lockdown’ hari ini

July 19, 2021 · Dunia

Untuk beberapa hari akan datang seluruh dunia kini memerhati Britain atau United Kingdom (UK). Negara yang merangkumi England, Scotland, Wales dan Northern Ireland, akan melalui sekali lagi ujian apabila memutuskan untuk menamatkan semua sekatan berkaitan Covid-19 mulai hari ini.

Namun Scotland, Wales dan Northern Ireland tidak mengikut jejak langkah England kerana bimbang dengan penularan Covid-19 dan peningkatan semula jangkitan.

Bagaimanapun, ketika rakyat England bersiap sedia untuk keluar rumah, menghadiri pesta besar-besaran meraikan ‘hari pembebasan’, Perdana Menteri Britain Boris Johnson yang memberi idea menarik semua sekatan itu, menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari mulai hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid, yang disahkan positif Covid-19.

Downing Street dalam kenyataan hari ini berkata Johnson dan Ketua Perbendaharaan Rishi Sunak diberitahu menerusi aplikasi telefon ujian dan jejak England, semalam.

Individu yang dimaklumkan melalui aplikasi itu seharusnya mengasingkan diri, walaupun itu bukan satu keperluan undang-undang. Kontak rapat kepada kes positif biasanya disarankan mengasingkan diri selama 10 hari.

Johnson pernah menerima rawatan intensif dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) setelah dijangkiti Covid-19 yang teruk pada April 2020.

Ironinya, kuarantin kendiri oleh Johnson hari ini bertepatan dengan langkah kerajaannya menarik balik semua sekatan berkaitan Covid-19. Pusat hiburan dan kelab malam dibenar dibuka semula buat kali pertama sejak Mac 2020, manakala kelab sukan juga boleh menerima kehadiran pada tahap maksimum.

Pelitup muka tidak lagi menjadi mandatori di ruang tertutup, sementara di kawasan terbuka pelaksanaan penjarakan sosial hanya akan menjadi ‘keputusan peribadi’ tidak kira sama ada di lobi hospital, stesen bawah tanah atau di pusat hiburan.

Namun, kerajaan Britain menggesa rakyatnya supaya mengambil langkah waspada, tatkala kes baharu kembali melonjak susulan penularan meluas varian Delta yang mudah berjangkit. Pada Sabtu, lebih 54,000 individu disahkan positif Covid-19, jumlah tertinggi harian yang pernah dicatat sejak Januari lalu.

Kemasukan ke hospital dan kematian turut dilaporkan meningkat, namun kekal rendah berbanding penularan awal setelah program vaksinasi dilancarkan. Lebih dua pertiga daripada individu dewasa di Britain telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Pegawai-pegawai Britain pula melihat Israel dan Netherlands dengan rasa cemas. Kedua-duanya telah menarik sekatan Covid-19 setelah sebahagian besar penduduk diberi suntikan vaksin. Namun, sekatan itu diterapkan semula setelah jangkitan baharu kembali melonjak.

Bagi Johnson, sebahagian besar populasi dewasa di United Kingdom (UK) kini telah lengkap divaksin. Namun, sementara vaksinasi tersebut telah berjaya mengurangkan jumlah individu yang sakit teruk dan meninggal dunia, jumlah kes kembali meningkat.

Selain Wales, Scotland dan Ireland Utara, negara kurang populasi di UK, turut merekodkan pemberian vaksin yang tinggi, namun hanya England sahaja yang akan ‘membebaskan’ diri daripada semua sekatan Covid-19 mulai hari ini.

Johnson pernah menamatkan ‘lockdown’ pada 2 Disember lalu untuk memberi peluang rakyatnya menyambut Krismas, tetapi sekatan itu dikenakan semula susulan peningkatan kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok