PM Britain berdepan undi tak percaya MP parti sendiri

January 19, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan berdepan cabaran terhadap kepemimpinannya, menurut laporan, selepas kemarahan memuncak susulan dakwaan beliau mengadakan parti di kediamannya ketika ‘lockdown’ Covid-19.

Selepas Johnson menafikan tuduhan bekas penasihatnya bahawa beliau telah berbohong kepada Parlimen berkaitan parti yang diadakan, akhbar Daily Telegraph dan ITV News, memetik sumber berkata jumlah undi yang diperlukan daripada Anggota Parlimen (MP) Konservatif menggesa undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya dijangka diperoleh pada esok.

Setakat ini seramai 20 MP Konservatif yang memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum 2019 merancang menyerahkan surat menyatakan tidak percaya terhadap Johnson, lapor Telegraph.

Hanya dua tahun lalu, Johnson menjadi kesayangan partinya – Konservatif – selepas dia memperoleh majoriti terbesar sejak Margaret Thatcher pada 1987, membolehkannya menunaikan janji untuk akhirnya mengemudi Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Tetapi hubungan dalam kalangan MP Konservatif dengan beliau semakin renggang susulan rentetan pendedahan berterusan berhubung tindakan Downing Street melanggar perintah ‘lockdown’ yang ketat.

Untuk membolehkan kepemimpinan Johnson dicabar, 54 daripada 360 MP Konservatif mesti menulis surat tidak percaya terhadap Perdana Menteri Britain itu dan menyerahkannya kepada Pengerusi Jawatankuasa 1922 parti itu.

Surat-surat itu adalah sulit, jadi pengerusi adalah satu-satunya individu yang tahu berapa ramai MP yang sebenarnya menulis.

Jawatankuasa 1922, juga dikenali sebagai “the 22”, ialah jawatankuasa khas MP Konservatif yang bermesyuarat setiap minggu apabila Dewan Rakyat bersidang. Biasanya ia dipengerusikan MP paling kanan, dipilih oleh ahli jawatankuasa dan mempunyai pengaruh besar dalam Parlimen.

Media Britain sebelum ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 11 perhimpunan diadakan di kediaman 10 Downing Street atau di jabatan kerajaan lain antara Mei 2020 dan April 2021, apabila peraturan Covid-19 mengehadkan bilangan individu yang boleh bertemu secara sosial.

Skandal itu telah menyaksikan penilaian terhadap Johnson dan partinya menjunam, sebaliknya Parti Buruh memperoleh undian terbanyak. Berita berkaitan

Satu tinjauan pendapat menunjukkan Parti Buruh mendapat sokongan terbesar sejak 2013, dengan 41 peratus undian berbanding 31 peratus bagi Konservatif. Tinjauan dalam talian itu dilakukan Opinium terhadap 2,005 respondan pada 12 hingga 14 Januari 2022. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok