PM Australia bimbang Putin hadir ke sidang kemuncak G20 di Bali

Australia bimbang dengan langkah menjemput Presiden Rusia Vladimir Putin ke sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang bakal berlangsung di Bali, Indonesia pada November tahun ini.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison langkah membenarkan Putin untuk duduk bersama pemimpin dunia semasa sidang kemuncak tersebut sebagai “langkah terkebelakang”, ia ekoran konflik yang dicetus Rusia dengan negara jirannya, Ukraine baru-baru ini.

Indonesia selaku tuan rumah sudah menghantar jemputan kepada Putin untuk menghadiri sidang tersebut, malah beliau juga sudah menyatakan hasratnya untuk hadir.

Bagaimanapun Morrison membantah langkah menghantar jemputan tersebut dengan memberi alasan perang Rusia dengan Ukraine.

“Saya fikir kita tidak perlu mempunyai orang di dalam bilik yang menyerang negara lain,” katanya.

Morrison juga berkata sudah menghubungi Presiden Indonesia Joko Widodo bagi membangkitkan jemputan yang dibuat kepada Putin ke sidang kemuncak, 20 itu.

Sidang kemuncak itu akan dihadiri negara ekonomi dunia utama seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan beberapa negara Eropah lain.

“Rusia sudah menyerang Ukraine. Ini adalah tindakan ganas dan agresif yang menghancurkan kedaulatan undang-undang antarabangsa,” kata Morrison.

“Dan idea untuk duduk satu meja dengan Vladimir Putin… bagi saya, adalah satu langkah yang terkebelakang.”

BERITA BERKAIT
POPULAR