Pintu sempadan Thai dibuka kepada pelancong lengkap vaksin

November 1, 2021 · Dunia

Para pelancong kini boleh masuk ke Thailand susulan pengumuman kerajaan negara tersebut yang membuka pintu sempadannya kepada individu yang lengkap vaksin Covid-19 bermula hari ini.

Langkah tersebut diambil buat kali pertama selepas 19 bulan ditutup ekoran penularan pandemik dan kerajaan Thailand kini dalam usaha untuk merangsang kembali ekonominya.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok kembali sibuk apabila pelancong antarabangsa yang tiba dengan menjalani saringan ketat sebelum mendapat kebenaran masuk, dibantu oleh kakitangan lapangan terbang.

Pelawat yang lengkap vaksinasi dari negara dan wilayah itu termasuk Malaysia akan dikecualikan daripada kuarantin.

Awat Hassan yang terbang dari London adalah antara ribuan pelancong yang lengkap divaksinasi yang tiba di negara itu hari ini.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke Bangkok selepas 19 bulan. Saya memutuskan datang ke Bangkok kerana kerajaan negara ini menawarkan pengecualian kuarantin untuk pelancong yang sudah lengkap divaksin.

“Ramai rakan saya memberitahu mereka juga tidak sabar untuk ke Thailand. Pengaturan bebas kuarantin adalah langkah baik untuk memulihkan industri pelancongan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini hari ini.

Selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Phuket juga membuka semula pintunya kepada pelancong hari ini.

Di bawah peraturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong lengkap divaksin yang tiba melalui perjalanan udara mesti menjalani ujian calitan Covid-19 di lapangan terbang dan menghabiskan malam pertama mereka di hotel yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Jika keputusan ujian itu negatif, mereka akan dibenarkan melawat wilayah lain di negara ini.

Pelawat dari negara dan wilayah yang akan dikecualikan kuarantin wajib mulai hari ini termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Taiwan dan Hong Kong.

Senarai negara itu akan disemak semula oleh Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dan kemas kini seterusnya adalah pada 1 Dis dan 1 Jan.

Akhbar harian Thai English Bangkok Post melaporkan pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn berkata sebanyak 61 penerbangan dijadualkan tiba pada Isnin dengan kira-kira 3,000 penumpang, termasuk 700 warga Thailand yang pulang ke tanah air.

Selain itu, bermula pada 1 Nov, pelawat yang lengkap divaksin dari negara yang tiada dalam senarai negara berisiko rendah boleh melancong ke 17 destinasi pelancongan ‘Zon Biru’ termasuk Bangkok, Phuket, Krabi, Phang-Nga dan mereka mesti menjalani kuarantin tujuh hari sebelum melancong ke wilayah lain dalam negara itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok