Pilihan raya Serbia bermula, rakyat mula memilih Presiden baharu

Rakyat Serbia pada Ahad bakal memilih presiden baharu, 250 ahli parlimen negara dan pihak berkuasa tempatan.

Pusat mengundi dibuka seawal 7 pagi waktu tempatan dan ditutup pada 8 malam (0500 hingga 1800GMT), lapor Agensi Anadolu dipetik Bernama.

Pilihan raya umum sepatutnya diadakan pada 2024 tetapi pada Oktober 2020, Presiden Aleksandar Vucic mengumumkan pilihan raya akan berlangsung pada atau sebelum April 2022.

Selain itu pilihan raya tempatan juga akan diadakan di 12 majlis perbandaran dan dua bandar, termasuk Belgrade.

Kira-kira 6.5 juta pengundi yang layak akan memilih 250 wakil Dewan Negara manakala sebanyak 126 kerusi diperlukan untuk membentuk majoriti dalam dewan.

Lapan calon bertanding dalam pemilihan presiden menyaksikan Vucic dan tentera bersara Jeneral Zdravko Ponos menjadi dua pilihan utama.

Vucic, 52, menjadi presiden sejak 2017 dan mula berkecimpung dalam arena politik sejak awal 1990-an.

Beliau berkhidmat selama dua penggal, dari 2014 hingga 2016 dan 2016 hingga 2017.

Ponos pula pernah menyandang jawatan jeneral dan Ketua Staf Am sebelum bersara.

BERITA BERKAIT
POPULAR