Pilihan raya Filipina dicemari insiden tembakan, tiga maut

May 9, 2022 · Dunia

Tiga maut dan seorang cedera dalam insiden tembakan berhampiran pusat pengundian di wilayah Maguindanao, selatan Filipina pada pagi Isnin, lapor Xinhua.

Menurut pihak tentera, penyerang yang menaiki van melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman yang membantu proses pengundian di bandar Buluan, menurut laporan Bernama

Mangsa adalah penyokong kepada seorang ahli politik tempatan yang bertanding untuk merebut jawatan datuk bandar.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya turut melaporkan satu lagi insiden tembakan di bandar Sumisip di wilayah Basilan, selatan Filipina, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Pada malam Ahad sekurang-kurangnya lapan cedera dalam letupan bom tangan bandar Datu Unsay dan bandar Shariff Aguak di wilayah Maguindanao.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Polis sedang menjalankan siasatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘titik panas’.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu tidak menjejaskan proses pengundian.

Lebih 65.7 juta rakyat Filipina mengundi pada Isnin untuk memilih presiden dan naib presiden baharu, 12 senator, lebih 300 ahli Dewan Rakyat dan lebih 17,000 pegawai tempatan.

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok