Pihak berkuasa Mariupol dakwa 300 orang awam maut dalam serangan Rusia

March 25, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa Mariupol, salah sebuah bandar di Ukraine yang teruk diserang Rusia mendakwa sekurang-kurangnya 300 orang awam maut susulan serangan udara yang mensasarkan sebuah teater bersejarah yang menjadi tempat perlindungan daripada serangan bom.

Majlis bandaraya Mariupol dalam kenyataan dalam aplikasi Telegram pada 25 Mac berkata walaupun “tiada siapa yang mahu mempercayai apa yang berlaku, kata-kata mereka yang berada di dalam bangunan semasa serangan pengganas berkata sebaliknya.”

Sejak serangan 16 Mac ke atas Teater Drama Mariupol, pihak berkuasa Ukraine tidak mendedahkan jumlah angka kematian kerana masih cuba mengesahkan angka rasmi tetapi terhalang ekoran serangan berterusan tentera Rusia.

Mnurut pihak berkuasa, dianggarkan seramai 1,200 berlindung dalam bangunan bersejarah itu semasa tentera Rusia mengebom.

Serangan itu mencetuskan kemarahan seluruh dunia dan timbul tuduhan Rusia melakukan jenayah perang dalam pencerobohan di Ukraine.

Walaupun terdapat banyak bukti konkrit melibatkan serangan Rusia di kawasan orang awam hasil laporan bukti yang direkod wartawan, termasuk koresponden RFE/RL di lapangan, namun Moscow menafikan dakwaan tersebut.

Mariupol, yang mempunyai populasi 400,00 orang penduduk sebelum perang kini menjadi kawasan runtuhan bangunan dengan beribu-ribu orang awam terkorban dan berpuluh-puluh ribu masih mencari laluan keluar dari bandar untuk selamat kerana bekalan asas semakin berkurangan.

Berita berkaitan
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023· Dunia
Kematian akibat gempa di Turkiye, Syria melepasi 1,500, ribuan cedera
February 6, 2023· Dunia
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023· Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023· Dunia
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok