Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman

November 23, 2022 · Dunia

Gol daripada pemain gantian Ritsu Doan dan Takuma Asano pada 15 minit terakhir memberikan Jepun kemenangan menakjubkan 2-1 ke atas juara dunia empat kali, Jerman, dalam aksi pembukaan Kumpulan E Piala Dunia di Qatar, hari ini (23 November 2022).

Jerman yang mendominasi gerakan di Stadium Antarabangsa Khalifa dan mendahului dengan sepakan penalti minit ke-33 daripada Ilkay Guendogan selepas penjaga gol Jepun Shuichi Gonda yang mengasari sayap David Raum.

Juara dunia empat kali itu menambah jaringan menerusi Kai Havertz, tetapi dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kedudukan ofsaid.

Jepun juga menyaksikan jaringan penyerangnya sebelum rehat separuh masa pertama namun sepakan Daizen Maeda dibatalkan.

Gol kedua Jerman bagaimanapun tidak kunjung tiba, tatkala Jepun terus melakukan asakan bertubi-tubi sehingga ke separuh masa kedua ke arah pintu gol Jerman.

Kemuncaknya, Doan mengambil kesempatan mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-17, sebelum Asano melakukan kejutan lapan minit kemudian.

Kekalahan itu adalah yang ketiga berturut-turut dalam perlawanan pembukaan kejuaraan utama untuk Jerman selepas tewas kepada Mexico pada Piala Dunia 2018, apabila mereka tunduk pada pusingan pertama sebagai juara, dan kepada Perancis pada Euro 2020.

Berita berkaitan
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Infineon: PMX ‘claim’ kerja orang kata Sanusi
August 5, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok