Piala Dunia: Croatia tempat ketiga

December 18, 2022 · Dunia

Buat kali ketiga dalam tujuh Piala Dunia terakhir, Croatia telah menamatkan saingan di podium. Ia mungkin satu langkah untuk finalis yang dikalahkan pada 2018 tetapi dalam perlawanan terakhirnya di pentas terbesar, Luka Modric, berpeluang menang.

Croatia juga mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 1998, menundukkan Belanda 2-1.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di depan selepas Lovro Majer mengambil sepakan percuma kepada Ivan Perisic, yang melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Maghribi untuk menanduk bola ke tengah kotak penalti.

Gvardiol berada dalam kedudukan sempurna mengambil kesempatan menanduk bola ke dalam jaring Maghribi.

Maghribi, kali pertama dalam sejarah bola sepaknya mampu layak ke separuh akhir Piala Dunia, menunjukkan hasrat mereka dengan persembahan bersemangat.

Hanya mengambil masa dua minit selepas Croatia bergembira dengan jaringan pendahuluan, Maghribi mencari gol penyamaan, juga dari sepakan percuma.

Ketika Majer dari Croatia cuba untuk menanduk bola keluar, tetapi salah kiraan dan tersasar, meletakkan pemain Maghribi Achraf Dari, yang bersendirian untuk melakukan tandukan yang menggegarkan gol lawan.

Croatia menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum rehat apabila Mislav Orsic melakukan rembatan melencong yang menerjah gawang Maghribi.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Argentina ke final Piala Dunia
December 14, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok