Piala Dunia 2022 Qatar: Pemain wajib ambil vaksin jika ingin beraksi

September 20, 2021 · Dunia

Semua pemain bola sepak antarabangsa wajib melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, sekiranya mereka ingin beraksi pada Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Hal itu ditegaskan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengawai Perubatan England, Profesor Jonathan Van-Tam dengan menggesa semua pemain terlibat untuk mendapatkan vaksin sambil menjelaskan kepada mereka untuk mengabaikan segala mitos berhubung hal itu.

Pada masa sama, Qatar turut mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 kepada semua pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan dunia itu.

Menurut kenyataan media, penyokong yang ingin menonton kejohanan itu pada November tahun depan juga wajib melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Bagaimanapun syarat itu menimbulkan rasa tidak puas segelintir pihak dengan menyifatkan tindakan Qatar akan menyebabkan Piala Dunia itu akan kehilangan kelibat beberapa bintang bola sepak terkenal antarabangsa.

Ini kerana, terdapat beberapa pemain bola sepak dunia menolak pengambilan vaksin.

Selain itu, kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini juga melaporkan masih terdapat pemain yang menentang pengambilan vaksin Covid-19 termasuk bintang Arsenal, Granit Xhaka.

Sehingga kini, terdapat 4.6 juta vaksin sudah diberikan kepada rakyat Qatar dengan merangkumi hampir 82 peratus dari penduduk di negara itu.

Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak FIFA dan pihak berkuasa perubatan untuk menyelesaikan isu ini dengan baik.

Dengan itu, beberapa alternatif tambahan sedang dipertimbangkan termasuk, memberi peluang kepada pemain yang tidak divaksin untuk beraksi dalam kejohanan itu dengan syarat mereka perlu melaporkan ujian saringan negatif setiap tiga hari. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok