Pfizer serah data vaksin kanak-kanak seawal 5 tahun kepada FDA

September 29, 2021 · Dunia

Pfizer dan BioNTech semalam menyerahkan data percubaan awal vaksin Covid-19 dan memaklumkan mereka akan membuat permohonan rasmi kepada pengawal selia Amerika Syarikat (AS) untuk penggunaan kecemasan bagi kanak-kanak berusia 5 ke 11 tahun, beberapa minggu akan datang.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS memberitahu bermula awal bulan ini, mereka akan menyiapkan data kajian untuk kategori umur itu secepat mungkin.

Suntikan untuk kanak-kanak seawal usia 5 tahun mungkin akan dilaksanakan pada akhir Oktober ini.

Menurut data Akademi Pediatrik Amerika (AAP), keputusan penggunaan vaksin dalam kalangan kanak-kanak dinantikan oleh jutaan rakyat AS kerana sejak akhir-akhir ini, jangkitan dalam kumpulan itu sudah mencecah tahap paling tinggi pada awal September lalu.

Sebelum ini, Pfizer sudah diluluskan untuk disuntik kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun dan penggunaannya kepada mereka berumur 16 tahun ke atas diluluskan sepenuhnya, apabila tindak balas imun yang kuat pada golongan usia sasaran dalam percubaan klinikal kepada 2,688 peserta.

Kelulusan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan kepada kumpulan umur 12 ke 15 tahun setelah sebulan syarikat itu mengemukakan permohonan.

Keputusan kelulusan yang cepat dapat membantu mengurangkan kemungkinan peningkatan kes pada musim luruh ini, kerana kebanyakkan sekolah di seluruh negara akan mula dibuka.

Walaupun, golongan ini kurang mendapat gejala Covid-19 yang teruk, namun mereka dapat menyebarkan virus tersebut kepada orang lain termasuk golongan rentan yang lebih berisiko mendapat gejala jangkitan teruk.

Melalui data percubaan syarikat terlibat, dua dos suntikan vaksin Pfizer dapat menghasilkan tindak balas imun pada kanak-kanak, dan perlindungan keselamatannya setanding dengan tindak balas kepada kumpulan umur yang lebih tua.

Selain itu, kajian vaksin ke atas kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun dan yang berumur 6 bulan ke atas akan dilaksanakan dan dijangkakan memperoleh data mengenainya pada suku keempat tahun ini.

Manakala, di AS, vaksin Moderna masih tidak dibenarkan untuk digunakan pada remaja, namun ia telah mendapat kelulusan penggunaan kepada kumpulan umur yang sama di Eropah.

Kedua-dua vaksin – Moderna dan Pfizer – sebelum ini dikaitkan dengan kes keradangan jantung yang jarang dilaporkan berlaku pada kumpulan remaja dan dewasa, terutamanya lelaki.

Pfizer memaklumkan, melalui kajian yang dilaksanakan ke atas semua peserta, tiada kes membabitkan keradangan jantung yang dilaporkan terjadi kepada peserta kajian itu. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Jatuh bagai domino, mayat segenap penjuru: Saksi Pesta Halloween
October 30, 2022
‘Jangan sentuh hijab saya’
May 8, 2021
Indonesia naikkan cukai rokok
December 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok