Pfizer mohon kebenaran dos ketiga, tapi FDA, CDC kata tak perlu

July 9, 2021 · Dunia

Pfizer dan BioNTech mengumumkan mereka akan meminta kebenaran perundangan untuk suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 dengan memberi alasan data awal menunjukkan dos ketiga dapat meningkatkan perlindungan terhadap Covid-19 dengan lebih berkesan.

Syarikat berkenaan berkata data menunjukkan suntikan ketiga vaksin Pfizer-BioNTech mendorong tahap antibodi lima hingga 10 kali lebih tinggi terhadap strain coronavirus asal dan varian Beta yang pertama kali ditemukan di Afrika Selatan.

“Pfizer telah menerima data awal daripada kajian klinikal yang menunjukkan bahawa dos ketiga vaksin sedia ada adalah selamat dan dapat meningkatkan tahap antibodi peneutralan sebanyak 5 hingga 10 kali ganda.

“Setelah mempunyai lebih banyak data, Pfizer bercadang meminta kebenaran daripada FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat) untuk suntikan ketiga dengan sela masa suntikan kedua antara enam hingga lapan bulan,” kata Ketua Penyelidik Pfizer, Mikael Dolsten sambil menegaskan kebenaran agensi kawalan Kesatuan Eropah juga akan dimohon.

Memberitahu agensi berita Associated Press, beliau memetik data dari United Kingdom (UK) dan Israel yang menunjukkan vaksin Pfizer mampu meneutralkan varian Delta dengan sangat berkesan.

Anggapannya, kata beliau, adalah apabila antibodi turun cukup rendah, varian Delta akhirnya dapat menyebabkan jangkitan ringan sebelum sistem kekebalan kembali mempertahankan tubuh.

“Walaupun perlindungan terhadap penyakit teruk tetap tinggi sepanjang enam bulan, berlaku penurunan keberkesanan terhadap penyakit simptomatik dari semasa ke semasa dan kemunculan varian akan berterusan.

“Kami amat yakin bahawa dos ketiga itu mampu melawan varian Delta dengan amat berkesan sekali,” katanya.

Syarikat itu juga sedang membangunkan vaksin khusus bagi varian Delta, kumpulan pertama dihasilkan di kemudahan BioNTech di Mainz, Jerman.

Bagaimanapun, FDA serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan bersama berkata rakyat AS yang telah menerima dua dos suntikan Pfizer tidak perlu mengambil yang ketika buat masa sekarang.

“Kami menyedari proses yang dijalankan sama ada diambil atau tidak, dan bila dos ketiga diperlukan. Kami bersedia membenarkan suntikan ketiga apabila sains menunjukkan ia diperlukan,” kata lapor Bloomberg yang memetik kenyataan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok