Pfizer, Moderna naikkan harga vaksin

August 2, 2021 · Dunia

Pfizer Inc dan Moderna Inc, masing-masing menaikkan harga vaksin Covid-19 keluaran syarikat mereka dalam kontrak bekalan terbaharu Kesatuan Eropah (EU), lapor The Financial Times, pada Ahad.

Harga baharu bagi suntikan vaksin Pfizer adalah euro 23.15 (RM116.12) berbanding euro 15.50 (RM77.75) sebelum ini, kata akhbar itu yang mendakwa melihat dokumen kontrak berkenaan.

Harga bagi vaksin Moderna pula ialah AS$25.50 (RM107.75) setiap dos, meningkat kira-kira euro 19 (RM95.30) berbanding harga ketika awal pembelian, namun masih rendah daripada AS$28.50 (RM120.43) yang dipersetujui sebelum ini kerana permintaan yang meningkat.

Kenaikan harga itu muncul tatkala EU sedang berdepan bekalan yang terhad, selain kebimbangan mengenai kesan sampingan vaksin keluaran syarikat lain.

Pfizer dan Moderna memperoleh pendapatan berpuluh-puluh bilion ringgit tahun ini setelah menandatangani perjanjian baharu dengan negara-negara yang ingin mendapatkan bekalan untuk kegunaan suntikan ketiga atau penggalak, bagi berdepan penularan varian Delta yang sudah menjadi virus dominan di seluruh dunia.

Pfizer minggu lalu meningkatkan petunjuk perolehan tahunan bagi vaksin hampir sepertiga menjadi AS$33.5 bilion, setelah jualan dos meningkat dua kali ganda pada suku kedua.

Syarat-syarat perjanjian, yang dicapai tahun ini dengan jumlah mencecah sehingga 2.1 bilion suntikan hingga 2023, dirundingkan semula setelah data ujian fasa 3 menunjukkan vaksin asid ribonukleat Pfizer dan Moderna mempunyai kadar keberkesanan yang lebih tinggi daripada vaksin lebih murah yang dikembangkan oleh Oxford/AstraZeneca dan Johnson & Johnson .

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc Albert Bourla berkata harga untuk negara berpendapatan tinggi adalah ‘setara’, dengan negara berpendapatan sederhana dikenakan sekitar separuh daripadanya, manakala negara berpendapatan rendah hanya membayar kos pengeluaran.

Jurang pendapatan antara vaksin mRNA, yang mana petunjuk genetiknya mendorong sel untuk membina protein memperkukuhkan sistem imun, dan vaksin tradisional pesaing yang mengandungi protein virus atau virus yang tidak aktif, akan semakin meningkat tahun depan, menurut ramalan yang disusun oleh Airfinity untuk Financial Times.

Perunding sains meramalkan jualan vaksin Pfizer bakal mencecah AS$56 bilion, manakala Moderna mencapai AS$30 bilion tatkala kedua-duanya mendominasi pasaran berpendapatan tinggi. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok