Pfizer berkesan cegah jangkitan Covid-19 hingga 98 peratus: Kajian

April 15, 2021 · Dunia

Satu kajian terbaharu yang dijalankan di Sepanyol mendapati vaksin Pfizer amat berkesan untuk mencegah jangkitan, kematian dan mereka yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Kajian itu dilakukan terhadap lebih daripada 116,000 penghuni rumah jagaan, kakitangan, dan pekerja kesihatan yang disuntik vaksin itu di Catalonia, timur laun Sepanyol, mulai akhir Disember tahun lalu.

Kajian itu bukan sahaja mengesahkan hasil percubaan klinikal Pfizer dari segi kemampuan vaksin untuk mencegah pesakit Covid-19 yang teruk dan kematian tetapi juga mendapati vaksin itu sangat berkesan untuk menghalang jangkitan di rumah jagaan.

Kajian itu baru-baru ini disiarkan dalam Jurnal Perubatan Lancet dan turut dikongsi Jabatan Kesihatan Catalan, Institut Kesihatan Catalan, Universiti Oxford dan Universiti Barcelona.

Penyelidik mendapati selepas dua dos, jumlah jangkitan Covid-19, simptomatik dan tidak simptomatik, menurun kepada 88 peratus di kalangan penghuni rumah jagaan, 92 peratus di kalangan kakitangannya dan 95 peratus bagi kakitangan kesihatan.

Selepas dos pertama, penularannya menurun antara 35 peratus dan 42 peratus bagi semua kumpulan itu.

Berdasarkan bukti, kajian itu mencadangkan bahawa orang ramai mesti melindungi diri mereka daripada virus dalam tempoh dua minggu selepas menerima suntikan awal.

Selepas dos kedua, kajian itu mendapati kematian dan kemasukan ke hospital akibat Covid-19 menurun sebanyak 97 peratus dan 98 peratus.

Penyelidik memberi jaminan mereka akan meneruskan pemerhatian terhadap peserta kajian bagi mengenal pasti kesan jangka panjang vaksin itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok