Pesawat hampir terbalik dihentam angin kuat ketika cuba mendarat

February 2, 2022 · Dunia

Ribut yang melanda United Kingdom (UK) pada Isnin memberi cabaran menakutkan kepada ratusan penumpang, tatkala juruterbang berusaha mengimbangi pesawat ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Ia turut dialami penumpang pesawat British Airways 1307 dari Aberdeen, Scotland ke London Isnin lalu, apabila penerbangan 80 minit itu hampir berakhir dengan tragedi jika tidak kerana kecekapan dan kepantasan juruterbang untuk melonjak semula ke udara.

Dalam satu rakaman video Big Jet TV, pesawat Airbus A321neo itu kelihatan tiba di Lapangan Terbang Heathrow dan cuba mendarat ketika angin kuat merempuhnya.

Biarpun, tayar belakang telah mencecah landasan, pesawat berkenaan kelihatan terhuyung-hayang dipukul angin sehingga sebelah tayar mula terangkat dari landasan dan pesawat dalam keadaan senget.

Juruterbang bagaimanapun, bertindak melonjak semula ke udara dengan ekor pesawat itu hampir menyentuh landasan.

Setelah melakukan kali kedua, pesawat itu selamat mendarat dengan penumpang memberi tepukan kepada juruterbang yang bertindak pantas mengelak tragedi yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa.

“Insiden itu menunjukkan betapa juruterbang memiliki skil yang bagus,” kata Jerry Dyer yang merakam kejadian itu untuk dimuat naik dalam YouTube Big Jet TV.

Walaupun UK dilanda ribut Corrie berkelajuan 90 batu sejam, yang telah meragut dua nyawa dan menyebabkan ramai terputus bekalan elektrik, Dyer berkata angin di Heathrow sebenarnya tidak terlalu teruk, dianggarkan sekitar 20 batu sejam, tetapi menjadi kuat apabila melalui celah dua bangunan yang hampir menterbalikkan pesawat.

Penjejak penerbangan menunjukkan British Airways 1307 mencapai paras tanah pada kelajuan 140 batu sejam, sebelum mendaki dengan curam ke ketinggian 1,173 meter (3,850 kaki) dalam masa empat minit.

Ia mendarat buat kali kedua 16 minit kemudian, namun belum disahkan sama ada bahagian ekor pesawat itu benar-benar menyentuh landasan.

Dyer yang berada di lapangan terbang itu untuk merakam pendaratan dan pelepasan pesawat selama tiga jam, turut melihat bagaimana beberapa pesawat lagi mengalami kesukaran untuk mendarat.

Penerbangan itu turut dinaiki dua Ahli Parlimen UK, Richard Thomson dan Stephen Flynn. – Agensi

Berita berkaitan
Amaran hujan lebat di sembilan negeri pagi ini: Metmalaysia
September 22, 2022· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat di beberapa kawasan 10 negeri
September 18, 2022· Isu semasa
Semua parti sudah sedia hadapi PRU-15 selepas Bajet 2023, tapi bila Parlimen bubar?
September 6, 2022· Politik
Ramalan ribut petir di Lembah Klang dikeluarkan MetMalaysia
August 15, 2022· Isu semasa
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok