Pesawat China, 132 penumpang jatuh

March 21, 2022 · Dunia

Sebuah pesawat Boeing 737-800NG China Eastern Airlines Corp yang membawa 132 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas di wilayah Guangxi di barat daya China, hari ini (21 Mac 2022).

Pesawat Boeing 737 milik China Eastern Airlines itu terhempas di Daerah Tengxian di bandar Wuzhou, menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan itu, menurut jabatan pengurusan kecemasan wilayah Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Menurut penjejak penerbangan, FlightRadar24, penerbangan China Eastern MU5735 sedang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, dan pengesanan radar menunjukkan pesawat itu sedang menjunam.

Nahas itu disahkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China, yang menyatakan terdapat 123 penumpang dan sembilan anak kapal di dalam pesawat.

China Eastern dan Boeing tidak serta-merta memberi ulasan.

Pesawat yang terlibat bukan jet Boeing Max generasi baharu, model yang terlibat dalam nahas maut sebelum ini. Pesawat jenis itu masih belum kembali memulakan perkhidmatan komersial di China.

Menurut laman web Aviation Safety Network, ini adalah kemalangan maut pertama yang melibatkan jet 737-800 sejak 8 Januari 2020.

Jet China Eastern Airlines terbabit berusia enam tahun, menurut FlightRadar.

Insiden besar terakhir China Eastern Airlines adalah pada Jun 2013 apabila sebuah jet Embraer terbabas dari landasan semasa mendarat di lapangan terbang Shanghai, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok