Pesakit Covid di hospital meningkat lepas pusat hiburan malam dibuka

June 25, 2022 · Dunia

Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di Bangkok meningkat sebanyak 10 peratus sejak bulan lalu, susulan pembukaan semula pusat hiburan malam, kata Jabatan Perkhidmatan Perubatan.

Ketua Pengarah jabatan itu, Dr Somsak Akksilp berkata bulan lalu terdapat kira-kira 900 pesakit Covid-19 di hospital di ibu negara Thailand, dan jumlah itu meningkat kepada kira-kira 1,000 bulan ini.

“Ia adalah peningkatan 10 peratus daripada bulan lepas, ketika peraturan ketat masih ada. Bagaimanapun, ia adalah perkara biasa apabila peraturan dilonggarkan, selain pembukaan semula tempat hiburan,” katanya.

Bilangan pesakit teruk juga meningkat, katanya.

Dr Somsak berkata dua subvarian baharu Omicron mungkin mempunyai simptom yang lebih teruk kerana ia boleh mengatasi vaksin dan antibodi dan bergerak lebih dalam ke arah paru-paru.

Tiada bukti setakat ini bahawa kedua-dua subvarian, BA.4 dan BA.5, lebih mudah ditularkan.

Jeneral Supot Malaniyom, Ketua Operasi Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), berkata CCSA berhasrat untuk mengisytiharkan seluruh negara sebagai zon hijau iaitu di bawah pengawasan Covid-19 dan memulihkan sepenuhnya perniagaan dan aktiviti lain.

Dengan perisytiharan itu, tempat hiburan akan kembali kepada waktu operasi sebelum Covid-19. Waktu tutup adalah sama ada tengah malam, 1 pagi atau 2 pagi bergantung pada jenis tempat dan peraturan yang berkaitan, kata Jen Supot, yang merupakan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara.

Para pegawai sebelum ini berkata perisytiharan itu dijangka berkuat kuasa pada 1 Julai, apabila Kementerian Kesihatan Awam (MPH) juga berkemungkinan mentakrifkan semula Covid-19 sebagai penyakit endemik.

Semalam MPH melaporkan mengesan 2,299 jangkitan baharu Covid-19 di Thailand dan 18 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022 · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok