Pesakit Covid-19 Filipina dapat pil Merck seawal November

October 27, 2021 · Dunia

Pesakit Covid-19 di Filipina bakal memperoleh pil antiviral molnupiravir keluaran Merck & Co dengan harga antara 100 peso hingga 130 peso (RM8.18 – RM10.63) bermula bulan depan.

Pemilik syarikat pengimport MedEthix dan pengedar JackPharma dalam kenyataan bersama hari ini berkata mereka akan membawa masuk pil Merck dan menyerahkan kepada hospital seawal bulan depan.

Mereka merancang mengedar pil dikilangkan oleh India Aurobindo Pharma yang memperoleh lesen daripada Merck.

“Ubat antiviral itu bakal digunakan kira-kira 300,000 pesakit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MedEthix, Monaliza Salian.

“Setiap kapsul berharga 100 ke 130 peso,” kata Presiden JackPharma, Meny Hernandez Jr.

Meskipun pil itu masih menunggu lampu hijau dari pengawal di seluruh dunia, beberapa negara kaya dan berpendapatan sederhana telah berlumba-lumba membuat pesanan untuk memperolehnya.

Analisis data percubaan klinikal mendorong permintaan selepas mendapati molnupiravir mengurangkan risiko kemasukan ke hospital bagi individu dewasa dengan Covid-19 ringan hingga sederhana yang berisiko mendapat penyakit teruk.

Perkembangan berkaitan ubat itu menyusul kebimbangan bahawa negara-negara miskin yang sedang bergelut untuk mendapatkan vaksin Covid-19, sekali lagi akan ketinggalan dari segi rawatan susulan dan terapi.

Yayasan Bill & Melinda Gates merancang menyalurkan sehingga AS$120 juta ke seluruh dunia bagi memperoleh pil molnupiravir.

Kerajaan Filipina menetapkan individu yang hendak mengambil pil berkenaan perlu mendapat nasihat doktor sebelum membelinya di hospital.

Molnupiravir ialah pil antiviral untuk merawat Covid-19 dengan menyasarkan enzim yang diperlukan virus itu untuk membiak dirinya, dengan memperkenalkan kesilapan ke dalam kod genetiknya.

Enzim itu – dikenali sebagai polimerase virus – wujud dalam varian berbeza, menjadikan molnupiravir berkesan bagi varian Gamma, Delta dan Mu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok