Pertubuhan kemanusiaan Israel kata rejim Tel Aviv lakukan jenayah perang

Jenazah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis Palestin di Semenanjung Gaza malam tadi dibawa untuk dikebumikan.

Pertubuhan hak asasi manusia Israel mengutuk serangan rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin dan menyifatkan perbuatan itu sebagai jenayah perang.

B’Tselem dalam kenyataan hari ini turut mendesak campur tangan antarabangsa bagi mengelak lebih ramai rakyat Palestin khususnya di Semanjung Gaza.

“”Masyarakat antarabangsa harus segera campur tangan dan menggunakan kekuatannya untuk memaksa Israel mengubah polisinya, sebelum lebih banyak korban berlaku,” katanya.

Pertubuhan itu berkata sejak 2014, Israel tidak pernah melakukan kemusnahan sehingga ke tahap kehancuran di Semenanjung Gaza sebagaimana yang dilakukan sekarang.

Kumpulan itu mengulangi bahawa Semenanjung Gaza berdepan krisis kemanusiaan susulan sekatan Israel selama 14 tahun yang dikenakan ke atas dua juta penduduknya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata rejim Zionis itu akan terus melancarkan serangan ke atas Palestin walaupun terdapat langkah-langkah diplomatik untuk memulihkan keamanan.

“Kempen kami (ke atas Palestin dan pejuang) akan diteruskan dengan skala penuh tentera. Kami bertindak sekarang selama mana yang perlu untuk mengembalikan ketenangan dan keamanan kepada warga Israel,” katanya menerusi televisyen negara itu.

Pengeboman rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ketujuh berturut-turut, dengan serangan awal Ahad menyebabkan 42 termasuk kanak-kanak terbunuh, puluhan lagi cedera dan meruntuhkan sekurang-kurangnya dua bangunan kediaman.

Sementara itu, askar rejim Israel mengebom pusat kesihatan di Semenanjung Gaza, hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Pusat Perubatan Al-Daraj Martyrs rosak teruk akibat serangan dua perluru berpandi rejim Israel.

Kenyataan itu turut menggesa komuniti antarabangsa untuk masuk campur memberi perlindungan kepada institusi kesihatan dan kakitangan perubatan daripada tindakan ganas Zionis.

Jumlah kematian akibat serangan rejim Israel sejak 10 Mei lalu meningkat sehingga lebih 188 orang, termasuk 55 kanak-kanak dan 33 wanita. Lebih 1,200 lagi cedera dalam tindakan kejam rejim Israel di Semananjung Gaza dan Tebing Barat. – Agensi

POPULAR