Perkhidmatan bas, teksi rentas sempadan Singapura-Malaysia disambung

April 22, 2022 · Dunia

Singapura akan menyambung semula perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan untuk pengembara lengkap vaksinasi mulai 1 Mei, berikutan pembukaan semula sempadan darat antara kedua-dua negara, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) bagi Covid-19.

“Apabila kami menyambung semula perkhidmatan pengangkutan persendirian merentasi sempadan darat Singapura dan Malaysia pada awal bulan ini, kami berjanji akan membenarkan lebih banyak mod pengangkutan secara beransur-ansur,” kata pengerusi bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media secara maya hari ini, menurut laporan Bernama.

Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Industri berkata Singapura akan memulihkan perkhidmatan rentas sempadan antara Singapura dan Johor Bahru.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan perkhidmatan bas rentas sempadan merangkumi Perkhidmatan 160, 170 dan 170X yang dikendalikan oleh SBS Transit Ltd, Perkhidmatan 950 oleh SMRT Buses Ltd, dan Perkhidmatan TS1, TS3, TS6 dan TS8 di bawah kelolaan Transtar Travel Pte Ltd.

Perkhidmatan ini tidak beroperasi sejak Mac 2020.

Waktu operasi perkhidmatan 160, 170, 170X dan 950 adalah antara 5.20 pagi dan 12.30 pagi dengan kadar kekerapan yang sama seperti pra-Covid sebelum ini.

Mengenai perkhidmatan teksi rentas sempadan, LTA memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).

“Pengunjung yang ingin mengembara ke Johor boleh menaiki teksi di terminal teksi Queen Street atau menempah teksi menerusi perkhidmatan teksi rentas sempadan berlesen,” katanya.

Susulan perkhidmatan bas rentas sempadan beroperasi semula, Perkhidmatan Bas Perjalanan Bervaksin sedia ada dikendalikan Transtar Travel Pte Ltd dan Handal Indah Sdn Bhd akan ditamatkan pada 1 Mei 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok