Perisik dua kerakyatan bakal dihukum mati pemerintah Iran

May 4, 2022 · Dunia

Iran akan melaksanakan hukuman mati terhadap seorang individu yang memiliki dua kerakyatan Iran-Sweden, Ahmadreza Djalali.

Djajali didakwa pemerintah Iran menjadi perisik untuk Israel dan bakal dihukum mati bulan ini, menurut agensi berita ISNA yang memetik sumber.

Djalali, seorang doktor perubatan bencana dan juga penyelidik, ditangkap pada 2016 semasa dalam lawatan akademik ke Iran dan akan dihukum bunuh pada 21 Mei.

Hukuman tersebut dijatuhkan susulan seorang warga Iran, Hamid Noury yang juga bekas pegawai pendakwaan yang ditahan pihak berkuasa Sweden pada 2019 dan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di negara tersebut atas tuduhan jenayah perang antarabangsa dan pencabulan hak asasi manusia.

Noury ​​dituduh memainkan peranan utama dalam pembunuhan tahanan politik yang dilaksanakan atas arahan kerajaan Iran di penjara Gohardasht, Karaj Iran pada 1988.

Kementerian Luar Sweden tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung laporan hukuman mati warganya yang dijatuhkan pemerintah Iran.

Di bawah undang-undang Sweden, mahkamah boleh membicarakan warganegara Sweden dan warganegara lain untuk jenayah terhadap undang-undang antarabangsa yang dilakukan di luar negara.

Kementerian Luar Iran memanggil duta Sweden pada Isnin untuk menyampaikan bantahan mereka “terhadap tuduhan tidak berasas dan rekaan yang dibuat oleh pendakwa Sweden terhadap Noury”.

Amnesty International baru-baru ini mendesak supaya hukuman terhadap Djalali harus dibatalkan.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok