Pergolakan Kazakhstan: Tentera diarah tembak tanpa amaran

January 7, 2022 · Dunia

Pemimpin Kazakhstan berkata beliau mengarahkan pasukan keselamatan untuk “menembak tanpa amaran”, di tengah-tengah tindakan keras terhadap tunjuk perasaan antikerajaan, lapor BBC.

Presiden Kassym-Jomart Tokayev juga dilaporkan berkata “20,000 penyamun” telah menyerang bandar utama Almaty, pusat tunjuk perasaan yang tercetus disebabkan kenaikan harga bahan api.

Beliau menyalahkan “pengganas” yang dilatih pihak asing, namun tidak memberikan sebarang bukti.

Kementerian Dalam Negeri berkata 26 “penjenayah bersenjata” dan 18 pegawai keselamatan terbunuh dalam pergolakan itu.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Tokayev menolak gesaan untuk mengadakan rundingan dengan penunjuk perasaan sebaliknya menyifatkannya sebagai “karut”, dengan berkata: “Apakah jenis perbincangan yang boleh kita adakan dengan penjenayah dan pembunuh?”

“Kami terpaksa berhadapan dengan penyamun bersenjata dan bersedia, tempatan mahupun asing. Lebih tepat lagi, dengan pengganas. Jadi kami perlu menghapuskan mereka, ini akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya.

Pasukan pengaman yang dihantar dari Russia dan negara jiran bagi memulihkan keamanan telah tiba atas permintaan Tokayev.

Anggota Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Negara-Negara Bekas Soviet (CSTO) kini ditempatkan bagi mengawal lapangan terbang utama Almaty, sehari selepas ianya ditawan kumpulan penunjuk perasaan.

Ketegangan tercetus Ahad lalu apabila harga gas petroleum cecair (LPG) untuk kenderaan meningkat dua kali ganda.

Kerajaan negara itu berkata harga bahan api akan pulih enam bulan lagi, tetapi pengumuman itu gagal menamatkan tunjuk perasaan.

Kazakhstan sering digambarkan sebagai diperintah autoritarian, dan kebanyakan pilihan raya dimenangi oleh parti pemerintah dengan memperoleh hampir 100 peratus undian. Tiada parti politik pembangkang yang berkesan di negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok