
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, (tengah). - Gambar AFP
Tidak berpuas hati dengan Jepun, Rusia mengenakan sekatan terhadap 63 individu pegawai negara matahari terbit itu yang terdiri daripada wartawan dan profesor.
Malah, Rusia juga mengumumkan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang turut berada dalam senarai warga Jepun yang dikenakan sekatan tersebut, selain Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi dan Menteri Pertahanan Nobuo Kishi, serta beberapa pegawai kanan kerajaan lain.
Susulan sekatan tersebut, semua 63 orang yang berada dalam senarai itu tidak dibenarkan masuk ke Rusia untuk tempoh yang tidak ditetapkan, kata Kementerian Luar Russia.
Rusia memberi alasan sekatan itu dikenakan ekoran terbabit dalam ‘retorik yang tidak boleh diterima’ terhadap Moscow.
Katanya, larangan kemasukan itu dikeluarkan selepas Tokyo menyertai langkah antarabangsa mengenakan sekatan terhadap Moscow susulan kempen ketenteraan di Ukraine.
“Pentadbiran Kishida melancarkan kempen anti-Russia buat julung kali dan membenarkan retorik yang tidak boleh diterima terhadap Russia, termasuk fitnah dan ancaman secara langsung.
“Ia diulangi oleh tokoh tertentu, pakar, wakil media Jepun, yang menyertai sikap Barat terhadap Russia,” katanya dalam satu kenyataan.
Russia turut menuduh Tokyo ‘mengambil langkah praktikal bertujuan menggugat hubungan baik antara negara jiran, merosakkan ekonomi Russia dan martabat antarabangsa negara,” katanya.