Perancis rekod 100,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam

Jumlah penularan Covid-19 di Perancis semalam sudah mencecah enam angka, dengan merekodkan 104,611 kes dalam tempoh 24 jam.

Pihak kesihatan memaklumkan dalam tempoh tiga hari berturut-turut negara itu mencatatkan angka jangkitan tertinggi.

Melalui kenyataan agensi kesihatan awam Perancis, mesyuarat akan dilakukan esok menerusi sidang video oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan anggota kerajaan terlibat bagi membincangkan perlaksanaan tindakan keselamatan Covid-19 baharu.

Perbincangan itu melibatkan susulan terdapat kerisauan akan impak daripada penularan pantas varian baharu Covid-19 tersebut Omicron.

Kelmarin, pihak berkuasa kesihatan menggesa golongan dewasa untuk mendapatkan suntikan dos penggalak selepas tiga bulan lengkap menerima vaksinasi awal.

Manakala, sekarang pula kerajaan turut bersetuju untuk mengeluarkan pas kesihatan kepada penerima sah vaksinasi sekiranya seseorang individu itu sudah menerima suntikan dos penggalak.

Jelasnya, pas tersebut perlu ditunjukkan untuk memasuki kafe, restoran dan kawasan awam lain termasuk bagi melakukan perjalanan antarabangsa.

Selain itu, beberapa wilayah di Perancis juga sudah mula menggubal tindakan keselamatan masing-masing.

Pada hujung bulan lalu, pegawai di Savoie sudah mengenakan kembali kewajipan pemakaian pelitup muka bukan saja di dalam kawasan bertutup, malah di kawasan awam, sama seperti di Itali.

Sehingga kini, angka kes Covid-19 di negara itu semakin menunjukkan trend lonjakan dramatik sejak awal bulan ini, di mana pada 4 Disember lalu, kes jangkitan harian Covid-19 memecah rekod 50,000 kes dan terus meningkat secara berterusan.

Setakat ini, Perancis merekodkan lebih 122,546 kematian akibat jangkitan Covid-19 manakala, angka populasi yang sudah lengkap di vaksin di negara itu sudah mencapai hamoir 76.5 peratus.

BERITA BERKAIT
POPULAR