Perancis mahu agih banyak vaksin kepada negara miskin

September 26, 2021 · Dunia

Perancis akan melipatgandakan usaha untuk menyumbangkan bekalan vaksin sebanyak 120 juta kepada negara miskin.

Pengumuman itu dibuat Presidennya, Emmanuel Macron dalam satu temubual yang disiarkan ketika konsert Global Citizen di Paris, semalam.

“Ketidakadilan ini berlaku di benua lain dengan sangat ketara, pemberian vaksin sangat lambat. Kita perlu berikan dengan lebih cepat dan efisien.

“Perancis berjanji akan melipatgandakan dos yang akan diberikan. Kami akan memberikan lebih daripada 60 hingga 120 juta dos,” katanya.

Rabu lalu, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menggandakan agihan sumbangan bekalan vaksin, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah hampir 1.1 billion dos.

Presiden AS, Joe Biden menggambarkan pandemik Covid-19 sebagai kemelut, ia memerlukan penglibatan semua pihak dan semua negara berpendapatan tinggi di dunia perlu membantu negara yang memerlukan dengan cara masing-masing.

Selain itu, Kesatuan Eropah (EU) juga mengedarkan 500 juta dos bekalan vaksin manakala, Presiden China, Xi Jingping dalam satu mesej kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjanjikan sumbangan dua billion dos vaksin menjelang hujung tahun ini.

Namun, daripada jumlah itu, tidak jelas berapa jumlah dos vaksin yang akan dijual dan berapa daripadanya akan didermakan.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berulang kali membantah ketidakadilan dan ketidakseimbangan secara besar-besaran pengagihan vaksin di negara kaya mahupun miskin.

“Saya tidak akan berdiam diri apabila terdapat syarikat dan negara yang mengawal agihan bekalan global vaksin, dan berfikir negara miskin perlu berpuas hati dengan baki lebihan,” katanya.

Sehubungan itu, Pemimpin Afrika turut merayu untuk membeli dos vaksin kepada rakyatnya dalam satu mesyuarat Kesatuan Afrika awal bulan lalu.

Berdasarkan data AFP daripada sumber rasmi, 53 negara Afrika dengan penduduk lebih dari 1.3 billion, hanya mempunyai nisbah 10 dos vaksin untuk setiap 100 penduduknya.

Dimana ianya berbeza dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dengan jumlah penduduk lebih 368 juta, mempunyai 120 bekalan dos vaksin bagi 100 penduduknya.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok