Perancis longgar sekatan Covid, Finland mansuh larangan mulai Mac

February 2, 2022 · Dunia

Perancis hari ini melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan untuk mengekang lonjakan Covid-19, sementara Finland akan menarik balik semua larangan bermula awal bulan depan.

Presiden Perancis Emmanuel Macron membuat keputusan itu setelah jangkitan Covid-19 di seluruh negara mulai berkurangan, sekali gus membebaskan hospital daripada tekanan akibat peningkatan kes harian sebelum ini.

Keputusan Macron menyebabkan pakar kesihatan berbeza pendapat setelah hanya sebulan lalu jangkitan Covid-19 melonjak tinggi, sementara pengkritik menuduh kerajaan mengambil langkah tergesa-gesa untuk kembali hidup dalam keadaan normal.

Bagaimanapun, Macron yakin program vaksinasi yang meluas akan membendung penularan wabak itu, dengan bukti lengkap diinokulasi kini menjadi pas wajib bagi mengakses mana-mana premis, termasuk restoran, bar dan pengangkutan awam jarak jauh.

Kerajaan Perancis berkata lebih daripada 90 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, dan suntikan dos penggalak atau bukti telah pulih daripada Covid-19 akan diperlukan untuk pas kesihatan baharu – keputusan ujian negatif tidak lagi diterima.

Mulai hari ini, pemakaian pelitup muka di luar rumah tidak lagi diwajibkan, dan had kapasiti penonton teater, konsert, perlawanan sukan dan acara lain, telah ditarik balik.

Bekerja dari rumah juga tidak lagi diperlukan, walaupun tetap sangat disyorkan.

Fasa kedua kelonggaran ditetapkan pada 16 Februari, apabila kelab malam boleh dibuka semula selepas ditutup pada Disember, dan kawasan berdiri sekali lagi akan dibenarkan bagi konsert, acara sukan dan bar.

Makan dan minum juga akan dibenarkan di stadium, pawagam dan pengangkutan awam mulai tarikh tersebut.

Macron juga mencadangkan sekatan yang dikenakan di sekolah, termasuk keperluan memakai pelitup muka, boleh dilonggarkan selepas cuti musim sejuk yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Finland akan mula menarik balik sekatan yang dikenakan pada awal Mac, kata Perdana Menteri Sanna Marin, hari ini.

Sekatan ketat yang dikenakan sejurus selepas Krismas telah memaksa banyak restoran dan tempat kebudayaan dan sukan untuk memberhentikan sementara kakitangan.

Kerajaan kini merancang untuk membenarkan restoran terus dibuka sehingga tengah malam dan menghapuskan sekatan ke atas perhimpunan awam mulai 14 Februari, kata Marin, sambil menambah matlamatnya adalah untuk menghapuskan semua sekatan pada awal bulan depan.

Beliau berkata sekatan perlu kekal selama dua minggu lagi supaya kerajaan dapat memantau bagaimana wabak itu berkembang di negara jiran Norway dan Denmark.

“Ia hanya kerana Finland secara epidemiologi kira-kira dua minggu di belakang negara lain,” kata Marin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok