Perancis larang individu lengkap vaksinasi, negatif Covid masuk restoran, pusat beli-belah

July 13, 2021 · Dunia

Ketika beberapa negara termasuk Malaysia merancang memberi sedikit kelonggaran kepada individu yang telah divaksin, lain pula dengan langkah diambil Perancis terhadap mereka yang diuji negatif atau telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Dalam satu pengumuman, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata individu yang telah divaksin atau diuji negatif Civid-19 kini dilarang masuk ke restoran, kafe dan pusat beli-belah.

Langkah itu terkandung dalam pakej peraturan baharu diumumkan hari ini dalam usaha Perancis mengekang gelombang baharu penularan Covid-19, terutama varian yang cepat menular di negara itu.

Katanya memaksimumkan proses vaksinasi adalah kunci untuk mengelak daripada seluruh negara diletakkan semula di bawah perintah sekatan atau ‘lockdown’ pada masa depan.

“Perancis sedang berdepan penularan semula wabak Covid-19 yang meluas di seluruh wilayahnya,” katanya menerusi televisyen.

Sambil memberi amaran bahawa gelombang baharu bakal menyebabkan pertambahan kemasukan ke hospital pada Ogos ini, Macron berkata;

“Persamaannya mudah. Lebih banyak vaksinasi, ruang untuk virus menular semakin sempit.”

Kira-kira 40 peratus daripada populasi Perancis telah menerima dua dos vaksin Covid-19, jumlah yang dikatakan lebih rendah berbanding negara-negara jirannya.

Sejak beberapa minggu lalu, rakyat Perancis beranggapan virus itu sudah tidak menjadi ancaman, dan mereka menangguhkan jadual menerima suntikan vaksin sehingga selepas percutian.

Macron juga mengumumkan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 akan diberikan mulai September kepada individu yang sudah menerima dos pertama dan kedua tahun ini.

Pengumuman itu dibuat tatkala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam tindakan negara-negara kaya yang memberi membenarkan suntikan dos ketiga, sedangkan masih banyak negara memerlukan vaksin Covid-19.

Jangkitan Covid-19 di Perancis meningkat semula dua minggu lalu, susulan penularan varian Delta. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok