Perancis arah rakyat tinggalkan Pakistan, tutup syarikat

April 16, 2021 · Dunia

Kedutaan Perancis sudah mengarahkan semua rakyat dan syarikatnya meninggalkan Pakistan untuk sementara waktu susulan tunjuk perasaan yang menuduh Presiden Emmanuel Macron menghina Islam.

“Saya mengesahkan bahawa, kerana keadaan di Pakistan, kami telah menasihati warganegara dan syarikat Perancis untuk meninggalkan negara ini buat sementara waktu,” kata pegawai kedutaan Perancis, hari ini.

Walaupun, kedutaan Perancis kekal dibuka, sesetengah kakitangannya sudah diarah meninggalkan negara itu.

Agensi berita AFP yang berpangkalan di Paris memetik satu e-mel yang dihantar kepada rakyat Perancis supaya meninggalkan Pakistan.

“Berikutan ancaman serius terhadap kepentingan Perancis di Pakistan, rakyat dan syarikat Perancis dinasihatkan meninggalkan negara itu untuk sementara waktu, menggunakan pesawat komersial sedia ada,” lapor AFP.

Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Zahid Hafeez Chaudhri bagaimanapun berkata, Islamabad memandang serius nasihat itu yang dibuat berdasarkan penilaian Perancis sendiri.

“Sebaliknya, kerajaan Pakistan mengambil langkah yang lebih baik untuk mengekalkan undang-undang dan mencegah daripada berlaku kemalangan jiwa atau harta benda,” katanya.

Sentimen anti-Perancis dicetuskan oleh golongan berhaluan kanan – parti Tehreek-e-Labbaik Pakistan (TLP) – sejak mereka melancarkan demonstrasi hujung November lalu, susulan ulasan Macron mengenai karikatur Nabi Muhammad SAW.

Ulasan itu menyebabkan Macron dikutuk ramai pihak, termasuk Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang menyifatkannya sebagai dorongan ke arah Islamofobia.

Tunjuk perasaan itu dihentikan setelah TLP mencapai kesepakatan dengan kerajaan Pakistan untuk mengajukan pertanyaan bagi mengusir duta besar Perancis, memboikot semua barang Perancis dan mengambil langkah lain di Parlimen.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan itu kembali tercetus di seluruh Pakistan selepas kerajaan menangkap pemimpin TLP Saad Rizvi.

Semalam, kerajaan Pakistan secara rasmi mengharamkan TLP berdasarkan undang-undang antipengganas, kata Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rasheed.

Susulan penangkapan dan pengharaman parti itu, tunjuk perasaan tercetus semula di beberapa wilayah terutama di bandar terbesar Pakistan, Karachi. – Agensi

Berita berkaitan
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023· Isu semasa
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023· Dunia
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023· Dunia
Seluruh Pakistan bantah penahanan Imran Khan, protes jalanan
May 10, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok