Penyerang tembak Abe dakwa bekas PM Jepun itu ada kaitan kumpulan tertentu

July 10, 2022 · Dunia

Tetsuya Yamagami yang ditahan kerana didakwa membunuh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat, berkata dia mahu menentang kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Abe, menurut laporan Bernama.

“Emak saya, terbabit juga dengan kumpulan ini, memberi sejumlah besar sumbangan dan hidup kami hancur akibat perbuatan itu,” lapor Sputnik yang memetik stesen penyiar Jepun NHK.

Maklumat mengenai jenis kumpulan itu tidak didedahkan.

Abe, 67, diserang pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen.

Yamagami, 41, menghampiri Abe dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki) menggunakan pistol buatan sendiri. Menurut polis Abe masih sedar selepas cedera, keadaannya kritikal ketika dalam perjalanan ke hospital “disebabkan masalah jantung dan paru-paru”.

Beliau disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh hospital Universiti Perubatan Nara.

Berita berkaitan
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok