Penyelidik Australia dedah hasil kajian hadapi varian Covid-19

November 2, 2021 · Dunia

Institut Penyelidikan Perubatan Garvan Australia hari ini mendedahkan satu hasil kajian baharu tentang kaedah untuk menyesuaikan vaksin Covid-19 dengan jenis varian yang bakal berkembang pada masa depan.

Kajian yang dihasilkan dalam jurnal Immunity, meneliti antibodi yang mungkin berpotensi dihasilkan oleh vaksin dan keberkesanannya dalam menyasarkan jujukan virus pada masa akan datang.

Pengarang Kanan Bersama dan Pengarah Eksekutif Institut Makmal Garvan, Prof Chris Goodnow memaklumkan kaedah semasa yang sedia ada ini mungkin kurang berkesan dari masa ke masa.

“Vaksin Covid-19 yang sedia ada sekarang hanya tertumpu pada protien Sars-CoV-2 dan ianya sangat berkesan untuk mengurangkan gejala teruk, selain dapat mengurangkan risiko jangkitan.

“Namun begitu, varian baharu mungkin akan dapat tercipta disebabkan penularan besar-besaran varian sedia ada dan ianya mungkin tidak sesuai dengan kaedah yang digunakan ketika ini,” jelasnya.

Dengan itu, pasukan penyelidik terus meneroka penemuan ‘luar biasa’ apabila menyaksikan antibodi yang djangkiti oleh virus Sars-CoV-1, iaitu virus asal menjadi punca utama wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) sejak tahun 2003.

Antibodi itu berupaya menyasarkan kedudukan virus Covid-19 sedia ada dari terdedah kepada mutasi, sekali gus ia boleh digunakan untuk membangunkan vaksin yang akan kekal berkesan apabila varian baharu muncul.

“Pihak kami akan menyediakan panduan untuk menghasilkan vaksin kalis masa depan seperti itu,” jelas pengarang kanan, Daniel Christ.

Jelasnya, penyediaan vaksin kalis masa depan adalah penting untuk menghasilkan strain yang dapat merawat berbanding vaksin sedia ada, dengan sedikit sebanyak menunjukkan tahap keberkesanannya yang lebih rendah terhadap varian Delta.

Sehingga kini, pasukan itu sudah membangunkan terapi antibodi dengan kapasiti untuk menyekat secara fizikal ‘reseptor’ manusia yang menyebarkan virus Covid-19 sebelum ia menjangkiti orang lain.

“Bagi menghasilkan pendekatan vaksin yang dirancang itu, kami kini menumpukan untuk menguji vaksin generasi akan datang dalam model praklinikal kami, untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan untuk menjana antibodi dan boleh melindungi daripada pelbagai jenis varian,” kata Prof Goodnow.

Sementara itu, tujuan utama para penyelidik adalah untuk membangunkan vaksin ‘sekali untuk semua’ dan tidak perlu dikemas kini seperti semua jenis vaksin Covid-19 yang sedia ada untuk penggunaan pada masa akan datang

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok