Penyelamat semakin hampiri budak jatuh perigi 32 meter

February 5, 2022 · Dunia

Pasukan penyelamat yang berusaha bermati-matian untuk mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang jatuh ke dalam sebuah perigi di Maghribi, kini memasuki peringkat akhir operasi penggalian.

Mereka bekerja sepanjang malam untuk sampai kepada kanak-kanak itu – yang dinamakan oleh media tempatan sebagai Rayan – yang jatuh melalui telaga sempit sedalam kita-kira 32 meter, empat hari lalu.

Kebimbangan berlaku tanah runtuh jika mereka menggali dari mulut perigi itu menyebabkan pasukan penyelamat menggunakan jentolak untuk mengorek parit bersebelahan perigi itu dengan pihak berkuasa berkata tindakan itu hampir selesai.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa lalu, dan sejak itu beritanya menarik perhatian seluruh dunia, terutama negara-negara di Afrika.

Menurut Le360, sebuah akhbar tempatan, dua penyelamat sedang melakukan penggalian terakhir, sementara sebuah helikopter telah bersedia di tempat kejadian untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Menggunakan tali, pasukan penyelamat juga menurunkan tiub oksigen dan air kepada kanak-kanak itu selain sebuah kamera untuk memantaunya, menurut Maghreb Arabe Presse.

Klip video pendek menunjukkan Rayan hampir tidak bergerak, tetapi kelihatan masih bernafas dikongsi di media sosial. – Agensi

Berita berkaitan
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Piala Dunia: Croatia tempat ketiga
December 18, 2022· Dunia
Kagum dengan semangat pemain Maghribi, lakar sejarah layak ke separuh akhir
December 11, 2022· Dunia
Polis tangkap suami isteri selepas budak didera cuba lari ikut tingkap
September 16, 2022· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok