Penyanyi rap DMX meninggal

April 10, 2021 · Dunia

DMX (gambar), penyanyi rap New York yang nada suaranya menggegarkan kancah muzik Amerika Syarikat (AS) pada akhir 1990-an, meninggal dunia dalam usia 50 tahun, semalam.

Bintang dengan nama penuhnya Earl Simmons dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung pada 2 April lalu dan diletakkan dalam unit rawatan kritikal di Hospital White Plains, New York.

DMX menghasilkan lapan album dengan lima daripadanya adalah album nombor satu di AS, menerusi lagu hitnya seperti X Gon’ Give It To Ya, Party Up dan What’s My Name?

Simmons dilahirkan di Venon, pinggir New York pada 1970, dan dibesarkan di rumah perlindungan kanak-kanak selepas mengalami penderitaan didera ibunya.

DMX juga pernah dimasukkan ke pusat tahanan juvana, dan penjara selepas terbabit dalam beberapa kes jenayah, termasuk mencuri kenderaan.

Dia juga pernah membintangi beberapa filem aksi bersama aktor Steven Seagal dan Jet Li menerusi Exit Wounds pada tahun 2000, dan Cradle 2 the Grave (2003) serta Romeo Must Die (2000). – Agensi

Berita berkaitan
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok