Penunjuk perasaan desak PM Armenia letak jawatan

September 15, 2022 · Dunia

Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di hadapan bangunan parlimen di Yerevan pada Rabu untuk mendesak Perdana Menterinya Nikol Pashinyan meletakkan jawatan susulan pertempuran di sempadan Armenia-Azerbaijan.

Penunjuk perasaan termasuk saudara-mara kepada mangsa yang terkorban dalam Perang Karabakh Kedua, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita NEWS.am Armenia.

Polis telah menyekat laluan di pintu masuk parlimen untuk menghalang penunjuk perasaan.

Selepas ketegangan tercetus tempoh hari, bilangan penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan parlimen terus meningkat menjelang petang.

Menurut catatan di media sosial, kumpulan itu turut memecahkan pintu bangunan parlimen.

Rakaman memaparkan penunjuk perasaan mendesak Pashinyan meletak jawatan, melaungkan slogan menentangnya dan cuba merempuh sekatan polis.

Tunjuk perasaan itu susulan kenyataan Pashinyan di parlimen baru-baru ini bahawa beliau berhasrat untuk menandatangani perjanjian damai dengan Azerbaijan.

Penunjuk perasaan turut mengadakan bantahan di luar bangunan parlimen pada Selasa.

Pashinyan memberitahu parlimen pada Rabu bahawa 105 askar Armenia terkorban dalam serangan baru-baru ini, manakala jumlah kematian membabitkan askar Azerbaijan seramai 50 orang.

Beliau berkata Yerevan mahu isu Azerbaijan-Armenia dibincangkan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan telah menghubungi sekutunya mengenai hal itu.

Pashinyan juga meminta bantuan ketenteraan dari Rusia, yang telah membantu menamatkan konflik berdarah pada 2020.

Tentera Armenia pada Isnin dilaporkan melakukan provokasi di bandar Dashkasan, Kalbajar dan Lachin, menurut Kementerian Pertahanan Azerbaijan.

Kementerian itu mendakwa tentera Armenia turut mensabotaj laluan tentera Azerbaijan di sepanjang sempadan dengan menanam periuk api.

Ketegangan antara Armenia dan Azerbaijan bermula sejak 1991, apabila tentera Armenia menduduki Nagorno-Karabakh, juga dikenali sebagai Upper Karabakh, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.

Pada 2020, Azerbaijan berjaya membebaskan beberapa bandar dan lebih 300 penempatan dan perkampungan yang diduduki oleh Armenia, dan pertempuran berakhir dengan perjanjian, menyaksikan Rusia bertindak sebagai orang tengah.

Berita berkaitan
105 askar Armenia maut dua hari bertempur dengan Azerbaijan
September 14, 2022· Dunia
99 askar terbunuh, perang Armenia-Azerbaijan meletus semula
September 14, 2022· Dunia
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok