Penunjuk perasaan bantah keputusan pilihan raya di Moscow

September 26, 2021 · Dunia

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Moscow bagi menyertai demostrasi anjuran Parti Komunis untuk membantah keputusan Pilihan Raya Duma (Parlimen Russia).

Penunjuk perasaan memaksa supaya pilihan raya yang dijalankan pada 17 hingga 19 September lalu itu dibatalkan, atas tuduhan berlaku penyelewengan ketika pemilihan itu berlangsung.

Ketua Parti Komunis, Gennady Zyuganov yang tegas membantah keputusan pilihan raya itu bagaimanapun tidak hadir pada demonstrasi itu.

Manakala, bandar lain seperti di Ufa, Yekaterinburg dan Ulan Ude turut menyaksikan kumpulan penunjuk perasaan turun menyuarakan bantahan sama.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Russia mengesahkan, parti pemerintah iaitu United Russia yang menyokong pimpinan Presiden Vladimir Putin, berjaya meraih majoriti 324 kerusi pada Pilihan Raya Parlimen minggu lalu.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Ella Pamfilova memaklumkan pilihan raya itu berjalan secara adil dengan keputusan undian 51.74 peratus atau mewakili 56.4 juta orang keluar mengundi.

Jelasnya, lapan parti politik bersama lima wakil bebas terpilih ke Parlimen, ia terdiri daripada parti United Russia memenangi 324 daripada 450 kerusi, sementara Parti Komunis (57), A Just Russia (27), Parti Demokrat Liberal (21) dan New People (13).

Pada 2016, Parti Kerajaan memenangi 343 kerusi dalam pilihan raya.

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok