Penulis artikel ‘Bagaimana cara bunuh suami anda’ bersalah bunuh suami

May 27, 2022 · Dunia

Seorang penulis novel romantik yang juga menulis sebuah artikel berjudul ”Bagaimana cara bunuh suami anda’, didapati bersalah membunuh suaminya pada 2018 lalu.

Juri mahkamah di Portland, Oregon, Amerika Syarikat (AS) mensabitkan Nancy Crampton Brophy dengan pembunuhan tahap kedua apabila menembak mati Daniel Brophy pada Jun 2018.

Perbuatannya didakwa didorong oleh masalah wang dan polisi insurans hayat, menurut pendakwa raya, lapor KOIN-TV.

Ketika perbicaraan Nancy menyatakan dia tidak mempunyai sebab untuk membunuh suaminya dan bahawa masalah kewangan mereka telah diselesaikan dengan menunaikan sebahagian daripada pelan simpanan persaraan Daniel.

Pada 2 Jun 2018, Brophy yang juga seorang cef ditemui mati di dapur di Insititu Kulinari Oregon.

Nancy ditahan pada 5 September 2018 dan telah dipenjarakan sejak itu.

Ketika perbicaraan, Detektif Anthony Merrill, salah seorang penyiasat utama kes itu, memberi keterangan ada petunjuk bahawa Nancy sebagai suspek.

Nancy dilihat memandu ke dan dari institut kulinari itu dan dirakam oleh rakaman kamera pengawasan, menurut dokumen mahkamah dan keterangan saksi.

Senjata api yang digunakan ketika tembakan dilepaskan hingga menembusi jantung Daniel, tidak pernah ditemui, menurut penyiasat.

Dua kelongsong peluru ditemui berhampiran mayatnya, namun senjata api dalam simpanan Nancy bukan yang digunakan dalam kejadian itu.

Nancy mengakui bahawa dia telah menukar laras pistol yang digunakan.

Dia mendakwa laras pistol asal telah hilang semasa barang-barangnya dipindahkan keluar dari rumahnya ketika dia berada di dalam penjara.

Pendakwa raya percaya Nancy menggunakan laras ganti senjata lain untuk melakukan pembunuhan itu, kemudian melupuskannya bagi mengelak ia ditemui dan digunakan sebagai bukti.

Hukuman terhadap Nancy akan diputuskan pada 13 Jun.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok