Penularan Covid-19: Sekatan baharu bakal dikenakan di Indonesia

August 8, 2021 · Dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo @ Jokowi dijangka menguatkuasakan perintah darurat dan sekatan pergerakan di wilayah luar Pulau Jawa dan Bali, susulan peningkatan kes baharu Covid-19.

Dalam kenyataan menerusi video yang diterbitkan semalam beliau berkata jangkitan Covid-19 telah meningkat di luar Jawa dan Bali, dan langkah sekatan pergerakan diperlukan bagi mengekang penularan wabak itu.

“Pergerakan orang ramai perlu dibatasi, sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya sambil menambah kes jangkitan meningkat di wilayah seperti Sumatera Barat dan Nusa Tenggara Timur.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila sekatan itu akan dilaksanakan. Setakat ini pemerintah Republik Indonesia mengenakan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Tahap 4 (PPKM Tahap 4) di Pulau Jawa, wilayah Bali dan beberapa bandar utama, sehingga Isnin, 9 Ogos 2021.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada lebih 3.64 juta kes dalam tempoh 24 jam lalu, manakala lebih 105,598 kematian turut direkodkan, menurut data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI).

Menurut KKRI jumlah kes aktif di seluruh negara itu meningkat kepada lebih 603,422 kes, sementara lebih tiga juta pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam lebih 23.3 juta daripada 270 juta penduduk telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19, sementara 49.8 juta menerima dos pertama, kata KKRI.

Bagaimanapun, program imunisasi di beberapa wilayah seperti Kalimantan Timur dan Sumatera Utara, masih perlahan susulan kekurangan bekalan, sedangkan jangkitan akibat penularan varian Delta pula semakin meningkat.

Pakar kesihatan bimbang Indonesia, yang kini diklasifikasikan sebagai salah satu pusat pandemik Covid-19 di dunia, bakal berdepan risiko menjadi pusat kemunculan ‘varian super’ .

Gelombang kedua yang membimbangkan di negara ini sebahagian besar didorong oleh varian Delta yang pantas menular dan mencetuskan tsunami terburuk di India.

Kini pakar dan saintis bimbang situasi serupa seperti di India bakal terjadi di Indonesia, di mana penyebaran virus yang berleluasa dapat menjadi tempat mutasi varian lain yang lebih berbahaya. – Agensi

Berita berkaitan
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
11 jam lalu· Dunia
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022
Pesawat pejuang F-35B Lightning II UK terhempas di Laut Mediterranean
November 18, 2021
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022 · Dunia
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022 · Dunia
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok