Penularan Covid-19, Jepun ambil langkah perkenal separa darurat

January 19, 2022 · Dunia

Pelan separa darurat bakal diambil Jepun bagi mengekang penularan jangkitan baharu Covid-19 yang semakin meningkat di negara tersebut.

Langkah tersebut akan meliputi separuh daripada populasi penduduknya susulan penularan Omicron, ia dijangka diumumkan Perdana Menterinya, Fumio Kishida selepas ia dimuktamadkan oleh panel pakar kesihatan.

Pelan separa darurat dijangka membenarkan gabenor mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan perniagaan, termasuk waktu operasi yang lebih pendek untuk bar dan restoran serta larangan ke atas penjualan alkohol.

Langkah itu sudah dilaksanakan di tiga wilayah bermula Jumaat lalu hingga 13 Februari ini dan akan diperluaskan ke Tokyo serta 12 wilayah lain.

Jepun merekodkan lebih 32,000 kes baharu Covid-19 semalam. Mengikut statistik oleh penyiar nasional NHK, ia melebihi paras tertinggi sebelumnya yang direkod pada Ogos lalu, sejurus selepas Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas.

Wilayah barat Osaka mencatatkan 5,396 kes baharu, manakala Tokyo merekodkan 5,185 kes iaitu tertinggi sejak Ogos lalu.

Varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi ia dilihat tahap keseriusannya rendah.

Bagaimanapun, pakar kesihatan awam bimbang gelombang kes Omicron boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan negara itu.

Jepun sudah memberi vaksin kepada kira-kira 80 peratus penduduknya terhadap Covid-19, tetapi program suntikan dos penggalak hampir tidak berjaya.

Pada bulan ini, Jepun mengisytiharkan sekatan separa darurat di tiga wilayah yang menempatkan kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), selepas varian Omicron mula menular dalam komuniti.

Kadar penggunaan katil hospital di Tokyo bagi pesakit Covid-19, meningkat kepada 23.4 peratus semalam.

Menurut pihak berkuasa, sekiranya ia terus melonjak sehingga 50 peratus, kerajaan akan mengisytiharkan perintah darurat sepenuhnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok