Penggodam curi 40,000 data pesakit dari hospital buah pinggang

September 8, 2021 · Dunia

Hospital dan Institut Buah Pinggang Bhumirajanagarindra di Bangkok, Thailand mengesahkan data peribadi 40,000 pesakitnya telah dicuri penggodam pada Isnin.

Pengarah hospital itu Dr Thirachai Chantharotsiri hari ini berkata kakitangan institut itu tidak dapat mengakses pangkalan data mereka pada Isnin sebelum mendapati semua maklumat berkaitan pesakit telah hilang.

“Data yang dicuri itu termasuk maklumat peribadi pesakit dan sejarah rawatan,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, seorang lelaki yang bercakap dalam bahasa Inggeris menghubungi hospital itu kemudian mendakwa dia telah menggodam sistem pangkalan data hospital itu.

“Dia memberitahu akan menghubung semula pihak hospital dan meminta bayaran sebagai balasan memulangkan semua maklumat itu,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Chantharotsiri membuat aduan kepada polis setelah lelaki terbabit tidak lagi menghubungi pihak hospital.

Mengenai data yang dicuri itu, beliau berkata, kakitangan hospital sedang bekerja keras untuk memulihkan sistem pangkalan data, namun sesetengah maklumat tidak dapat diselamatkan.

Pakar komputer sedang berusaha mendapatkan semula data yang hilang itu, katanya.

Institut berkenaan adalah hospital kedua yang digodam. Ahad lalu, data peribadi kira-kira 10,000 pesakit di Hospital Phetchabun turut dicuri. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Covid-19 : Kes mingguan meningkat lebih 57%, kata Dr Noor Hisham
November 7, 2022· Isu semasa
Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital, PKRC meningkat
October 24, 2022· Isu semasa
Banjir landa negara jiran Thailand, sungai melimpah
October 11, 2022· Dunia
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
7 jam lalu · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok