Pengeluar vaksin Pfizer derma vaksin untuk atlit Olimpik Jepun

Syarikat farmaseutikal dunia, Pfizer.

Pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech Jerman mengumumkan persetujuan untuk menderma vaksin kepada para atlit dan kakitangan sukan yang terlibat dalam Olimpik Jepun pada musim panas ini meskipun wujud kebimbangan penularan virus merbahaya itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat farmaseutikal itu berkata mereka telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang menggariskan pemberian dos vaksin awal yang diharapkan bermula akhir Mei dengan mensasarkan dos kedua kepada para delegasi sebaik tiba di Tokyo nanti.

Dalam kenyataan berasingan, IOC berkata akan bekerjasama dengan jawatankuasa Olimpik nasional untuk mengedarkan dos vaksin itu bagaimanapun kebanyakkan negara peserta sudah memberi vaksin kepada atlit mereka.

“Diharapkan sebilangan besar peserta akan diberi vaksin sebelum tiba di Jepun,” kata IOC.

Pengumuman itu dibuat di tengah kebimbangan untuk meneruskan sukan Olimpik Musim Panas dan Paralimpik yang sudah ditangguhkan setahun akibat pandemik.

Rabu lalu, para pegawai di Tokyo meminta kerajaan melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Mei.
Keputusan untuk sama ada melanjutkan darurat atau tidak melibatkan bandar Tokyo dan tiga wilayah lain Osaka, Hyogo dan Kyoto berkemungkinan dibuat pada Jumaat.

POPULAR