Pengebom bunuh diri Taliban jadi tentera khas lindungi Afghanistan

January 6, 2022 · Dunia

Taliban menyerap semua pengebom bunuh dirinya sebagai anggota tentera di bawah satu unit khas bagi mempertahan dan melindungi Afghanistan daripada ancaman luar, khususnya oleh militan ISIS.

Taliban kini mahu melakukan pembaharuan dan mengatur skuad pengebom berani mati yang tersebar di seluruh negara untuk beroperasi di bawah satu unit dan melindungi Afghanistan, kata Timbalan Jurucakap Taliban, Bilal Karimi.

Sebelum menguasai negara itu tahun lalu, Taliban menggunakan pengebom bunuh diri sebagai senjata utama untuk menyerang dan mengalahkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan dalam perang 20 tahun itu.

Sasaran utamanya kini ialah kumpulan tempatan ISIS, yang telah melakukan sekurang-kurangnya lima serangan besar ketika Taliban berusaha untuk mengukuhkan kuasa selepas AS berundur dari Afghanistan Ogos lalu.

Beberapa daripada serangan itu dilakukan oleh pengebom berani mati.

Serangan terbaharu kumpulan militan itu adalah pada 26 Ogos tahun lalu apabila pengebom bunuh diri meletupkan diri di lapangan terbang Kabul, tatkala tentera AS sedang berundur, menyebabkan hampir 200 orang terbunuh.

“Pasukan khas itu akan digunakan untuk operasi yang lebih canggih dan khas,” kata Karimi tanpa memberikan butiran lanjut.

Taliban sedang membina “tentera yang kuat dan tersusun untuk memperkukuh pertahanan” di seluruh negara dan di sempadan, dengan pengebom berani mati menjadi sebahagian daripada strategi itu, tambah Karimi.

Sementara itu, jurucakap Taliban Zabihullah Mujahed berkata usaha merekrut dilaksanakan selepas Taliban melakukan operasi pembersihan pasukan tentera yang ada kaitan dengan ISIS.

Kumpulan itu juga sudah mengenal pasti dan menahan individu yang mempunyai kaitan dengan ISIS dalam kalangan anggota tentera, katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023· Dunia
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Menteri Pendidikan PH-BN disuruh jaga negara, bukan main isu Taliban
December 24, 2022· Politik
Muhyiddin dedah DAP desak bebas ahlinya terlibat dengan pengganas
November 14, 2022· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok