Penemuan dokumen rahsia tentera di hentian bas memalukan Britain

June 28, 2021 · Dunia

Penemuan dokumen diklasifikasikan sebagai ‘rahsia besar’ milik Kementerian Pertahanan, di sebuah perhentian bas di Kent, tenggara England, Selasa lalu, memalukan United Kingdom dan kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson.

Pemimpin parti Buruh yang juga Ahli Parlimen Wentworth, John Healey terkejut bagaimana dokumen rahsia 50 muka surat itu boleh keluar dari Kementerian Pertahanan.

Beliau mendesak Setiausaha Pertahanan Ben Wallace menjalankan siasatan secepat mungkin dan melaporkan kepada Parlimen bagi meyakinkan orang ramai bahawa tidak ada operasi ketenteraan yang berisiko kepada nyawa askar Britain.

Dokumen itu turut mencatatkan maklumat tentera British mungkin ditempatkan di Afghanistan apabila Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) keluar dari negara bergolak itu.

Dokumen itu turut mengandungi maklumat lengkap mengenai kapal pemusnah HMS Defender dan tentera British dalam kejadian di Ukraine Rabu lalu.

Salah satu daripada set dokumen itu turut membincangkan tindak balas Russia terhadap kapal perang Britain yang melalui perairan Ukraine di luar pantai Crimea.

Dokumen itu menunjukkan misi HMS Defender yang digambarkan oleh Kementerian Pertahanan sebagai ‘laluan yang tidak salah di perairan wilayah Ukraine”, dengan senjata ditutup dan helikopter tersimpan di hangarnya, dilakukan dengan harapan bahawa Russia mungkin bertindak balas secara agresif.

Pada Rabu, lebih 20 pesawat tempur Russia dan dua kapan pengawal pantai membayangi HMS Defender ketika ia belayar kira-kira 19 kilometer dari pantai Crimea.

Kementerian Pertahanan Russia kemudian mengeluarkan kenyataan mengatakan sebuah kapal perondanya melepaskan tembakan amaran, sementara pesawatnya pula menjatuhkan bom di laluan HMS Defender, tetapi Britain menafikannya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain dalam kenyataannya mengatakan penemuan dokumen rahsia itu sedang disiasat secara rapi. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok