Penduduk Shanghai ‘diseret dari rumah’ dipaksa masuk ke pusat kuarantin

Tular video penduduk di Shanghai, China diseret keluar dari kediaman mereka dan dipaksa masuk ke pusat kuarantin Covid-19.

Kerajaan China didakwa menjadikan apartment kediaman sebagai pusat kuarantin Covid-19 dan penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing sehingga terpaksa mengheret keluar penduduk yang berdegil.

Bandar yang memuatkan kira-kira 26 juta penduduk itu kini berdepan sekatan paling ketat di dunia ketika negara itu melaksanakan dasar sifar Covid-19.

Shanghai dilapor merekodkan 27,000 kes baharu pada Khamis.

Sebanyak 3000 kes daripadanya adalah bergejala.

Dalam pada itu, kecoh dalam media sosial di negara itu video penduduk daerah Pudong diheret keluar dari rumah mereka untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Menurut The Guardian, orang ramai mendakwa pihak berkuasa tempatan bertindak untuk mengambil alih beberapa bangunan kediaman di daerah Zhangjiang dalam daerah Pudong dijadikan pusat kuarantin pesakit Covid-19.

Dalam satu klip, seorang lelaki di belakang kamera menjerit sebagai berkata: “Zhangjiang, Shanghai ini, polis menyerbu kawasan itu dan mengheret penduduk tetap keluar.”

Penduduk dilihat melutut di atas tanah atau tangan di atas kepala. Malah, terdapat orang ramai yang diseret oleh individu yang memakai sut hazmat.

Beberapa individu yang memakai sut hazmat putih mempunyai perkataan “polis” di hadapan dan belakang baju mereka.

BERITA BERKAIT
POPULAR