
Gelombang haba panas melampau melanda India dan Pakistan.
Berjuta-juta penduduk di India dan Pakistan berdepan kekurangan bekalan elektrik dan air akibat haba panas melampau melanda dua negara tersebut.
Di New Delhi, suhu panas mencecah 45C (113F) di bahagian wilayah itu. Ramalan kaji cuaca memberi amaran ia akan menjadi lebih panas pada hujung minggu ini.
Untuk rekod, gelombang haba panas sudah membunuh lebih 6,500 orang di India sejak 2010, dan saintis berkata perubahan iklim menjadikan ia lebih kerap berlaku di negara tersebut.
Beberapa negeri di India seperti Rajasthan, Gujarat dan Andhra Pradesh sudah mengambil langkah memotong bekalan elektrik di kilang-kilang ekoran penghawa dingin dan kipas semakin meningkat.
Laporan media berkata stesen janakuasa juga menghadapi kekurangan arang batu yang menjadi sumber utama tenaga elektrik di negara berpenduduk 1.4 bilion orang itu.
Banyak wilayah juga melaporkan kekurangan bekalan air dan dijangka keadaan akan bertambah buruk sehingga tiba hujan monsun tahunan pada Jun dan Julai.
Sementara itu di Pakistan, suhu dijangka meningkat 8C lebih tinggi daripada biasa di beberapa bahagian negara itu dengan
gelombang memuncak pada 48C di wilayah luar bandar Sindh pada Rabu.
Persatuan Meteorologi Pakistan memberi amaran juga memberi amaran gelombang haba panas melampau yang bakal dihadapi penduduk negara itu.
Selain itu, para petani di Pakistan juga perlu menggunakan air secara berjimat-cermat, pertanian merupakan tunjang utama ekonomi dan menyumbang kira-kira 40% daripada tenaga kerja.
“Kesihatan awam dan pertanian di negara ini akan menghadapi ancaman serius berikutan suhu yang melampau tahun ini,” kata Menteri Perubahan Iklim Sherry Rehman.
Pada Mac lalu, suhu paling panas direkodkan di Pakistan sejak 1961.
Penduduk muslim di Pakistan yang berpuasa pada bulan Ramadan bergelut memandangkan sumber air sangat diperlukan pada waktu siang.