Penduduk dunia cecah 8 bilion 2022

July 11, 2022 · Dunia

Penduduk dunia dijangka mencecah lapan bilion pada 15 November depan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam dalam laporan yang mengatakan India akan mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023.

Pencapaian keseluruhan populasi itu “adalah peringatan tanggungjawab kita bersama untuk menjaga planet kita dan seketika untuk merenung di mana kita masih gagal mencapai komitmen antara satu sama lain,” kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, tanpa menyebut secara spesifik.

“Ini adalah kesempatan untuk meraikan kepelbagaian kita, mengiktiraf kemanusiaan dan mengagumi kemajuan dalam kesihatan yang telah memanjangkan jangka hayat dan secara mendadak mengurangkan kadar kematian ibu dan anak,” tambahnya.

Ramalan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB berkata populasi dunia berkembang pada kadar paling perlahan sejak 1950.

Ia sepatutnya mencecah 8.5 bilion pada 2030 dan 9.7 bilion pada 2050, memuncak pada kira-kira 10.4 bilion pada 2080-an sebelum kekal pada tahap itu sehingga 2100.

Walaupun penurunan bersih dalam kadar kelahiran diperhatikan di beberapa negara membangun, lebih separuh daripada ramalan kenaikan penduduk dunia dalam dekad akan datang tertumpu di lapan negara, kata laporan itu.

PBB berkata negara terbabit adalah Republik Demokratik Congo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Tanzania. – AFP

Berita berkaitan
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022· Politik
Gelombang haba di Eropah pecah rekod, terburuk sehingga jejas kesihatan
July 20, 2022· Dunia
Shahidan gesa henti campur tangan politik dalam isu Sungai Baru
June 25, 2022· Isu semasa
China gesa dunia hulur bantuan kepada Afghanistan
June 24, 2022· Dunia
Popular
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Wanita Arab Saudi dibenar jadi pemandu teksi, Uber
January 7, 2022
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
August 10, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
28 minit lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
3 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
15 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
18 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
22 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok