Penduduk di Wilayah China terjejas akibat banjir

October 11, 2021 · Dunia

Hampir 1.76 juta penduduk di wilayah Shanxi di utara China terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda.

BBC melaporkan, hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu menyebabkan kejadian tanah runtuh dan sebahagian rumah di kawasan itu rosak teruk.

Pihak Berkuasa China memberitahu, hujan lebat masih turun ketika ini secara tidak langsung, menyukarkan lagi operasi pencarian dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Musibah ini berlaku kurang dari tiga bulan selepas wilayah Henan dilanda banjir besar sehingga menyebabkan hampir 300 orang maut dalam kejadian itu.

Pentadbiran Meteorologi China memaklumkan media tempatan, hujan lebat dengan angin kuat dijangka akan berterusan sehingga beberapa hari akan datang.

Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan hampir 120,000 penduduk sudah dipindahkan dengan kadar segera dan 17,000 kediaman sudah musnah di Shanxi.

Kejadian banjir itu juga turut mengorbankan empat orang anggota polis.

Pihak Berkuasa China mengklasifikasikan banjir di wilayah Shanxi ini lebih teruk berbanding di Henan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok