Peminat serbu jualan jam tangan baharu bioceramic Omega, Swatch

Barisan panjang dilaporkan berlaku di kedai jam di seluruh dunia pada Sabtu (26 Mac) ketika koleksi kerjasama baharu pembuat jam Omega dan Swatch yang dinanti-nantikan oleh mula dijual.

Koleksi BIOCERAMIC MoonSwatch yang banyak diperkatakan sebelum ini memeranjatkan ramai pengumpul dan penggemar jam tangan kerana direka dalam pelbagai warna pada Speedmaster Moonwatch ikonik Omega, yang biasanya dijual pada harga minimum kira-kira RM27,902

Terdiri daripada 11 model Swatch berbeza yang dinamakan sempena agensi planetary, jam tangan itu berharga RM1,153 setiap satu dan didatangkan dalam pelbagai warna.

Semua reka bentuk Swatch adalah dalam BIOCERAMIC yang dipatenkan jenamanya, gabungan unik dua pertiga seramik dan satu pertiga bahan yang diperoleh daripada minyak kastor.

Di Singapura, pelancaran itu menyaksikan ratusan orang berpusu-pusu ke cawangan Swatch di Ion Orchard dan Marina Bay Sands (MBS) pada semalam, dengan sebahagiannya mula beratur seawal jam 5.30 pagi.

Terdapat laporan tentang orang ramai yang turut berbaris panjang dan juga insiden pengsan, semuanya dalam usaha untuk membeli MoonSwatch yang diidamkan.

Koleksi BIOCERAMIC MoonSwatch.

Barisan panjang itu bukan saja di Singapura, malah dapat ditonton menerusi video dikirim menerusi laman sosial yang menunjukkan kejadian sama berlaku di Malaysia, Thailand, Jepun dan Hongkong.

Di Malaysia, difahamkan orang ramai mula beratur di beberapa pusat perniagaan, terutama di KL Pavilion, sebelum premis dibuka untuk mendapatkan koleksi jam tangan itu.

Laporan dan klip video lain menyaksikan senario yang sama di Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Belanda, dengan peminat lelaki beratur panjang untuk mendapatkan MoonSwatch.

Walaupun Swatch menasihatkan bahawa jam tangan itu bukan edisi terhad dan akan tersedia di kedai Swatch terpilih dalam beberapa minggu akan datang, peminat di seluruh dunia nampaknya tidak berputus asa dan berazam untuk merebut peluang memiliki jam tangan berjenama Omega pada harga tinggi.

Perkongsian yang tidak dijangka ini adalah yang pertama antara Swatch dan Omega dan dianggap sebagai kemuncak trend kerjasama antara jenama mewah dan jalanan untuk mencipta produk baharu yang inovatif yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua dunia. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR