Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir dipenjara seumur hidup

April 9, 2021 · Dunia

Pemimpin kanan pertubuhan yang diharamkan Ikhwanul Muslimin Mesir didapati bersalah atas tuduhan keganasan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor media negara itu.

Menurut Agensi Berita Timur Tengah (MENA) milik kerajaan, mahkamah Kaherah mendapati pemangku amir Ikhwanul Muslimin, Mahmoud Ezzat (gambar) melakukan ‘keganasan’ ketika tentera mengambil alih kuasa daripada kerajaan pimpinan Mohamed Morsi.

Dia didapati bersalah atas tuduhan menghasut kekacauan dan membekal senjata api ketika pergaduhan di luar ibu pejabat pergerakan itu membabitkan penyokong Ikhwanul Muslimin dan pembangkang pada 2013.

Beberapa pemimpin lain pergerakan itu sebelum ini sudah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, sementara sesetengahnya ada yang dihukum mati.

Bagaimanapun, pertubuhan itu mendakwa Ezzat menjadi mangsa tuduhan palsu bermotifkan politik.

Ezzat, 76, ditahan pada musim panas lalu selepas polis mengesan tempat persembunyiannya di sebuah pangsapuri di pinggir Kaherah. Penangkapan itu menjadi satu lagi tamparan buat Ikhwanul Muslimin Mesir yang menjadi sasaran tindakan kerajaan pimpinan Abdel Fattah Al-Sisi.

Menurut pihak berkuasa, siasatan di pangsapuri itu menemukan komputer dan telefon bimbit dengan perisian khas bagi membolehkan Ezzat berhubung dengan ahli pertubuhan itu di Mesir dan di negara lain.

Ezzat melarikan diri dan bersembunyi sejak 2013 selepas tentera mengambil alih kuasa. – Agensi

Berita berkaitan
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022· Dunia
Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi
April 29, 2022· Dunia
Tiada rakyat Malaysia terbabit dua insiden di Mesir: Wisma Putra
April 14, 2022· Isu semasa
Wartawan kata Israk Mikraj ‘cerita penuh khayalan’ disiasat
February 21, 2022· Dunia
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok