Pembuat dakwa ‘kasut syaitan’ hasil seni kolektif

'Kasut Syaitan' dan 'Kasus Jesus' yang didakwa hasil kerja seni.

Pembuat ‘kasut syaitan’, MSCHF Product Studio Inc hari ini mendakwa kasut yang direka untuk penyanyi rap Lil Nas X dan dijual sebanyak 666 pasang itu adalah suatu ‘hasil seni’.

Menjawab saman yang dikemukakan Nike Inc – pengeluar utama kasut jenama Nike – MSCHF menggambarkan diri mereka sebagai syarikat yang terbabit dalam seni kolektif melibatkan fesyen, lukisan dan teknologi dalam pelbagai medium di luar jangkaan.

Kasut Nike Air Max 97 itu diubahsuai oleh MSCHF, dengan meletakkan darah manusia di bahagian belakang tapak.

Nike berkata, MSCHF Product Studio Inc, melanggar dan menghina cap dagangannya dengan warna kasut hitam dan merah bertemakan syatian, yang mula dijual di dalam talian.

Nike juga meminta mahkamah mengeluarkan perintah menghalang MSCHF daripada menghantar 666 pasang kasut edisi khas itu kepada pembeli di seluruh dunia.

MSCHF bagaimanapun mendakwa kasut itu adalah seni yang dicipta untuk diamati, dibuat spekulasi, dibeli dan dimiliki.

“Kami tidak bersekutu dengan Nike. Kami terkejut dengan tindakan yang diambil oleh Nike. Sebaik menerima notis, kami cuba berhubung dengan Nike tetapi gagal,” kata MSCHF dalam satu kenyataan, hari ini.

MSCHF sebelum ini mengeluarkan ‘Kasut Jesus, juga menggunakan Nike Air Max 97, yang kononnya mengandungi ‘air suci’. Bagaimanapun, Nike tidak menyaman mereka. – Agensi

POPULAR