Pembantu rapat al-Baghdadi ditangkap di Turki

Pembantu rapat kepada pemipin kumpulan pengganas IS, Abu Bakr al-Baghdadi ditangkap di Istanbul, kata polis Turki dalam kenyataan hari ini.

Lelaki warga Afghanistan itu yang hanya dikenali sebagai Asim ditangkap di daerah Atadehir pada Rabu.

Media Turki yang melaporkan operasi bersama antara polis Istanbul dan bahagian perisikan Turki berkata, suspek terbabit membantu menyembunyikan al-Baghdadi di wilayah Idlib, Syria selepas kejatuhan IS pada 2019.

Al-Baghdadi terbunuh dalam serangan pasukan khas Amerika Syarikat di tempat persembunyiannya pada Oktober 2019.

Media Turki menerbitkan gambar seorang lelaki botak dan berjanggut tebal susulan penangkapan itu, bersama sekeping gambar kononnya individu yang sama tetapi berambut panjang dan berjanggut mengenakan pakaian tentera.

Agensi berita Anadolu berkata, Asim disyaki mengendalikan latihan ketenteraan untuk IS ketika berada di Syria dan Iraq.

Dia tiba di Turki menggunakan pasport dan kad pengenalan palsu, lapor media Turki.

He arrived in Turkey with a false passport and identity card, Turkish media said.

IS sebelum ini terbabit dalam beberapa siri pengeboman di Turki, termasuk di sebuah kelab malam di Istanbul pada Januari 2017 yang menyebabkan 39 orang terbunuh. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR