Peluru hipersonik: AS sekat enam rakyat Korea Utara, firma Russia

January 13, 2022 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap enam rakyat Korea Utara, seorang Russia dan sebuah firma Russia, menyusul ujian peluru berpandu hipersonik oleh Pyongyang pada Selasa.

Individu dan syarikat terbabit dikenakan sekatan setelah didakwa bertanggungawab memperoleh bahan tertentu untuk program senjata Pyongyang, yang menyaksikan beberapa ujian peluru berpandu dilakukan, termasuk dua ujian sejak minggu lalu.

Perbendaharaan AS berkata langkah itu bertujuan menghalang kemajuan program senjata Korea Utara dan percubaan Pyongyang untuk menghasilkan lebih banyak teknologi senjata.

Sekatan itu adalah yang pertama secara khusus menyasarkan program senjata Korea Utara yang dikenakan oleh pentadbiran Biden, setelah gagal untuk melibatkan Pyongyang dalam dialog bagi memujuknya menghentikan program nuklear dan peluru berpandunya.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata Washington kekal komited untuk meneruskan diplomasi dengan Korea Utara.

Jabatan Perbendaharaan berkata sekatan itu menyusul enam pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara sejak September, setiap satunya melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Setiausaha Rendah Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan, Brian Nelson berkata, langkah itu menyasarkan “penggunaan berterusan wakil luar negara Korea Utara untuk mendapatkan barangan bagi mencipta senjata secara haram.” – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok